Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Bantuan Projek Pengukuhan Tanaman Nanas Bernilai Tinggi. Semak Syarat & Cara Mohon Disini

1,250

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mempelawa pekebun nanas seluruh Malaysia untuk memohon Bantuan Projek Pengukuhan Tanaman Nanas Bernilai Tinggi yang telah dibuka untuk permohonan.

Bagi pekebun yang berminat untuk membuat permohonan Bantuan Projek Pengukuhan Tanaman Nanas Bernilai Tinggi, buat semakan syarat kelayakan dan buat permohonan seperti yang dikongsikan disini.

Baca juga: Pembiayaan Agropreneur Muda Untuk Belia. Semak Syarat & Cara Permohonan

INFO RINGKAS PERMOHONAN BANTUAN PROJEK PENGUKUHAN TANAMAN NANAS BERNILAI TINGGI

Permohonan Projek Pengukuhan Tanaman Nanas Bernilai Tinggi adalah berdasarkan:

  • SKOP PROJEK
  • CIRI-CIRI PROJEK

SKOP PROJEK

  • Pemberian Geran Bantuan Tanaman Nanas dengan sulur nanas (tanam baru) atau Baja.
  • Pembiayaan Geran bantuan meliputi input pertanian sahaja sepertimana yang ditetapkan dalam Peraturan Perindustrian Nanas Malaysia (Bantuan Kewangan Untuk Pekebun) (Pindaan 2011).

CIRI-CIRI PROJEK

  • Bagi peserta individu hendaklah mempunyai keluasan minima 5 ekar dan maksima kurang daripada 100 ekar.
  • Bagi peserta yang mempunyai keluasan dibawah 5 ekar, pelaksanaan akan dibuat melalui pendekatan kelompok bagi memudahkan pengurusan dan mengurangkan kos operasi.
  • Peserta mesti menanam dengan tanaman tunggal dan jumlah kepadatan yang disyorkan oleh LPNM atau sekurang-kurangnya 15,000 pokok.
  • Peserta hendaklah mengguna pakai amalan teknologi (Amalan Pertanian Baik) terkini.
  • Penentuan dan penetapan varieti adalah tertakluk kepada LPNM.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan untuk permohonan Bantuan Projek Pengukuhan Tanaman Nanas Bernilai Tinggi adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Taraf milik tanah yang sah.
  • Berdaftar dengan LPNM dan berdaftar dengan Koperasi/ Kelompok.
  • Tanaman tunggal.
  • Tanaman Nanas perlu ditanam sekurang-kurangnya 15,000 pokok/ekar.
  • Pekebun kecil sahaja.

Permohonan Bantuan Projek Pengukuhan Tanaman Nanas Bernilai Tinggi. Semak Syarat & Cara Mohon Disini

JENIS & BENTUK GERAN BANTUAN

Jenis dan bentuk geran bantuan adalah:

  • BAJA SEBATIAN
  • BAHAN TANAMAN

BAJA SEBATIAN

JENIS GERAN BANTUAN/EKAR ANGGARAN KOS BANTUAN/EKAR (RM)
BAJA NPK HIJAU (15:15:15) 12 BEG 2,200
BAJA NPK BIRU
(12:12:17:2+TE)
6 BEG

BAHAN TANAMAN

BAHAN TANAMAN KUANTITI SULUR KOS BANTUAN / EKAR
SULUR NANAS 15,000 X RM 0.15 RM 2,250.00

KAEDAH PELAKSANAAN

Bantuan Bahan Tanaman

  • Hanya diberikan kepada Lot-Lot Tanah yang tidak pernah menerima sulur/benih sebelum ini di bawah mana-mana projek penanaman nanas LPNM seperti:
    – Projek di bawah 15 Ekar
    – Projek Tanam Baru (RTB)
    – Projek Ladang Kontrak
    – Projek Khas
    – Projek Transformasi Pengeluaran Nanas (PTPN)
    – Projek Kluster dan sebagainya

Baja Sebatian

  • Pengusaha yang tidak pernah menerima benih/sulur nanas di lot-lot tanah LAYAK untuk memilih sama ada untuk mendapatkan Baja Sebatian ATAU Sulur/Benih

CARA MOHON BANTUAN PROJEK PENGUKUHAN TANAMAN NANAS BERNILAI TINGGI

Sebarang permohonan Bantuan Projek Pengukuhan Tanaman Nanas Bernilai Tinggi, isi borang permohonan seperti berikut:

  • Permohonan Untuk Geran Penaman / Penanaman Semula Nanas
  • Surat Akuan Berkanun
  • Surat Pelepasan Tanggungan
  • Permohonan Bagi Pendaftaran Sebagai Pekebun ( Borang IV)

DOKUMEN SOKONGAN

Sertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan anda:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Geran / Surat Tol / Surat Kebenaran daripada Pentadbir Tanah (Beserta Pelan Tanah)
  • Surat / Notis Pembayaran Cukai Tanah yang terkini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Projek Pengukuhan Tanaman Nanas Bernilai Tinggi di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...