Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Program JUMPER PUNB 2021 Untuk Graduan, Elaun Sehingga RM1200 Sebulan Disediakan

0 8,808

Adakah anda merupakan seorang graduan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan? Jika ya, terdapat berita baik untuk anda. Anda boleh menyertai Program Jumper PUNB yang akan membantu anda dalam dunia perniagaan.

APA ITU JUMPER PUNB?

Jumper PUNB adalah merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu graduan yang telah memilih bidang perniagaan sebagai bidang kerjaya mereka.

Program ini bukan sahaja membantu dari segi modal tetapi juga turut membekalkan ilmu tentang bidang perniagaan kepada peserta.

Selain didedahkan kepada dunia sebenar cara pengurusan perniagaan di syarikat-syarikat yang bernaung di bawah PUNB, peserta program Jumper PUNB juga akan turut diberikan kursus serta latihan teori.

Berminat dengan program ini tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengemukakan permohonan? Jangan bimbang! Dalam artikel ini, kami akan kongsikan Cara Mohon Program JUMPER PUNB 2021.

PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB 2021

Cara Mohon Program JUMPER PUNB 2021 Untuk Graduan, Elaun Sehingga RM1200 Sebulan Disediakan

Untuk makluman, pengambilan Januari 2021 telah dibuka sehingga 17 Januari 2021. Jadi sila kemukakan permohonan anda sebelum tarikh tutup.

PENGENALAN PROGRAM JUMPER PUNB

Program JUMPER ‘Start Up’ ialah program latihan keusahawanan bagi siswazah muda Bumiputera (Perantis) yang memilih untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Para perantis akan di dedahkan kepada pembelajaran sebenar tentang pengurusan perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat naungan PUNB (mentor).

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perantis sebagai persediaan awal bagi menjadi seorang usahawan.

KEISTIMEWAAN YANG BAKAL DIPEROLEH PESERTA JUMPER PUNB 2021

Sebelum mengetahui Cara Memohon Insentif Program Jumper PUNB, ada baiknya jika anda teliti keistimewaan-keistimewaan yang bakal anda terima sekiranya menjadi peserta Jumper PUNB. Berikut merupakan senarai keistimewaan tersebut:

  • Perantis akan menerima elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan.
  • Program latihan berkonsepkan Latihan Sangkut selama 8 bulan.
  • Perantis berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok menguruskan perniagaan selain menjalani program latihan dan kursus penyediaan Rancangan Perniagaan.
  • Setelah tamat latihan, perantis yang layak dan berminat untuk menjalankan perniagaan berpeluang untuk mendapatkan GERAN berjumlah RM10,000 dan pembiayaan minimum sebanyak RM40,000*.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON PROGRAM JUMPER PUNB 2020

Sila teliti setiap daripada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon Program Jumper PUNB terlebih dahulu sebelum anda mengemukakan permohonan.

Pastikan juga anda memenuhi setiap daripada syarat-syarat ini. Antara syarat-syarat kelayakan memohon Program Jumper PUNB adalah seperti berikut:

  • Berminat untuk menjadi usahawan dan sedang mencari platform latihan serta bimbingan dalam bidang perniagaan.
  • Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa tarikh pendaftaran.
  • Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi Pengajian yang diiktiraf Kerajaan.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri) dalam apa jua industri.
  • Sanggup menjalani latihan sepenuh masa

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB 2021

Berikut adalah cara-cara untuk mengemukakan permohonan Program Jumper PUNB bagi tahun 2021. Sila turuti langkah-langkah yang disediakan di bawah untuk memohon program ini.

  • Klik di sini untuk mendaftar.       
  • Klik di sini untuk memohon.       
  • Sila baca dan fahami setiap perkara mengenai Program JUMPER PUNB seperti yang tertera di portal PUNB.

  • Sila pastikan anda memenuhi syarat kelayakan program.

  • Calon yang telah mengikuti Program JUMPER PUNB sebelum ini tidak layak memohon.

  • Semua ruangan di dalam borang permohonan WAJIB diisi.

  • Sila pastikan anda mengisi maklumat yang benar dan tepat dalam borang permohonan.

  • Sila pastikan anda telah membuat semakan sebelum menghantar borang permohonan.

  • Sila pastikan salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik tertinggi dan resume turut disertakan semasa menghantar borang permohonan.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN PROGRAM JUMPER PUNB 2021

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan permohonan Program Jumper PUNB 2021 ini, anda boleh hubungi talian-talian berikut:

  • Talian Bebas Tol: 1300-13-7862      
  • Tel: 03 – 2785 1417 / 1413 / 1908 / 1477
  • E-mel: [email protected]
  • Amirul (03-2785 1417)
  • Raha (03-2785 1413)
  • Aina (03-2785 1908)
  • Nazlina (03-2785 1477)

Jadi, buat anda yang betul-betul berminat dalam bidang perniagaan, rebutlah peluang ini dengan segera. Program ini telah pun dibuka untuk permohonan. Jangan tunggu lagi. Mohonlah segera!

BORANG PERMOHONAN SKIM PINJAMAN PUNB JUMPER

Berikut pula adalah link untuk anda muat turun borang permohonan. Sila klik pada link yang disediakan di bawah.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...