Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Imigresen] 3 Pas Ini Boleh Buat Permohonan Lanjutan Secara Online. Semak Cara Mohon Disini

2,393

Semenjak kelonggaran merentas negeri dan merentas negara telah diumumkan, pelbagai urusa yang melibatkan perjalanan juga telah dibuka untuk permohonan.

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat 3 jenis pas yang boleh dibuat permohonan secara online melalui laman rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Seterusnya anda boleh membuat permohonan lanjutan pas seperti yang dikongsikan disini.

3 KATEGORI PAS PERMOHONAN LANJUTAN ONLINE

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membenarkan 3 kategori pas ini sahaja untuk dibuat permohonan lanjutan secara online. Pas tersebut ialah;

  • Pas Pasangan kepada warganegara Malaysia
  • Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang
  • Pas Lawatan Ikhtisas

CIRI-CIRI PERKHIDMATAN PERMOHONAN LANJUTAN PAS SECARA ONLINE

Ciri-ciri perkhidmatan permohonan lanjutan pas secara atas talian ialah:

  • Permohonan atas talian
  • Semakan atas talian
  • Pembayaran atas talian
  • Mudah dengan 4 cara sahaja iaitu mohon-lulus-bayar-pengesahan

[Imigresen] 3 Pas Ini Boleh Buat Permohonan Lanjutan Secara Online. Semak Cara Mohon Disini

Baca juga: Permohonan Pembantu Rumah Asing Melalui Sistem Maid Online (SMO)

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan lanjutan pas pula, sila layari pautan berikut:

  • http://www.imi.gov.my/
  • Pilih kategori permohonan, lengkapkan borang dan muat naik dokumen yang diperlukan.
  • Tunggu semakan permohonan oleh Pegawai Imigresen.
  • Pemohon akan menerima emel dalam tempoh 3 hari waktu bekerja atau membuat semakan status permohonan di portal.
  • Pemohon perlu membuat bayaran secara online diportal bayaran Jabatan Imigresen yang ada pada laman web.
  • Akhir sekali, hadir ke pejabat Imigresen Malaysia bersama dokumen asal untuk urusan penerimaan pelekat.

[Imigresen] 3 Pas Ini Boleh Buat Permohonan Lanjutan Secara Online. Semak Cara Mohon Disini

Baca juga: [MyOnline Pasport] Renew Pasport Secara Online. Rupanya Lebih Mudah & Pantas!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan lanjutan 3 pas secara online, sila ajukan persoalan anda di:

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...