Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Makmal C19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

0 1,185

Pernahkah anda melayari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Jika anda belum pernah melayari laman web ini, adalah dimaklumkan kepada anda bahawa dalam laman web SPA ini terdapat pelbagai jawatan sektor kerajaan yang boleh anda mohon mengikut kelayakan akademik seperti PMR, SPM, Ijazah dan lain-lain.

Salah satu jawatan yang ditawarkan adalah jawatan Pembantu Makmal Gred C19. Umum menyangka bahawa tugas Pembantu Makmal C19 hanyalah membantu dalam menyelenggara peralatan bahan makmal tetapi sebenarnya banyak lagi tugas lain yang dijalankan oleh seorang pembantu makmal.

Jika anda berminat untuk memohon jawatan ini bolehlah segera mengemukakan permohonan. Permohonan boleh dilakukan melalui laman web rasmi SPA. Permohonan juga dibuka sepanjang tahun dan sah selama satu tahun. Tiada tarikh tutup untuk anda memohon. Jika permohonan anda sudah melebihi setahun, anda perlu mengisi semula permohonan.

Ambilan bagi jawatan ini juga dibuka sepanjang tahun mengikut kekosongan jawatan ini dalam mana-mana kementerian dan jabatan kerajaan. Ambilan secara rasmi bagi tahun ini belum dibuka. Ambilan akan dijalankan nanti dan apabila terdapat kekosongan.

Anda berminat untuk memohon tetapi tidak tahu cara untuk memohon? Jangan risau! Dalam artikel ini anda akan diberi panduan tentang cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Makmal C19, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan juga bidang tugas Pembantu Makmal C19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU MAKMAL C19

Sebelum mengemukakan permohonan, anda perlu tahu terlebih dahulu syarat-syarat kelayakan permohonan. Pastikan juga anda telah memenuhi semua syarat-syarat kelayakan ini. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,357.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,413.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,469.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

BIDANG TUGAS PEMBANTU MAKMAL C19

Sebelum memohon, adalah menjadi keperluan untuk anda tahu tugas-tugas yang dipikul oleh Pembantu Makmal Gred C19. Antara bidang tugas seorang Pembantu Makmal C19 adalah seperti berikut.

  • Menjalankan analisis kimia atau mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin
  • Membantu penyelenggaraan peralatan analisis, penyediaan stok reagen dan menjalankan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Bagi permohonan yang berjaya, anda perlu menduduki peperiksaan perkhidmatan awam (sekiranya jawatan itu terdapat peperiksaan.) Peperiksaan ini perlu dijawab secara online. Anda akan diuji tentang aspek pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan ini, ujian psikometrik dan daya penyelesaian masalah. Anda perlu membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan ini untuk memastikan anda lulus dengan cemerlang.

Seterusnya, jika anda lulus dengan cemerlang, anda akan dipanggil untuk menduduki temuduga. Temuduga ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana persediaan anda dalam menjawat jawatan dalam sektor kerajaan serta ingin menguji kemahiran berkomunikasi anda. Jadi, pastikan anda buat yang terbaik untuk lulus temuduga ini.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU MAKMAL C19

Layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) untuk mengisi permohonan anda. Anda boleh klik link yang disediakan di bawah untuk anda mengisi permohonan secara online.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU MAKMAL C19

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi SPA. Link untuk ke laman web ini disediakan di bawah. Sila klik link di bawah.

Jika anda berminat, segerakanlah permohonan anda dan selamat berjaya diucapkan kepada anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...