Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Pendaftaran KP19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf
Terdapat banyak jawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Salah satu daripada jawatan-jawatan ini yang boleh anda mohon adalah jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19 yang berperanan memproses permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan lain-lain.
Adalah dimaklumkan bahawa walaupun jawatan Pembantu Pendaftaran KP19 ini merupakan jawatan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara namun, untuk mengemukakan permohonan jawatan ini, anda perlulah memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmstan Awam (SPA).
Permohonan bagi jawatan ini boleh dilakukan secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan. Anda boleh memohon pada bila-bila masa kerana permohonan dibuka sepanjang tahun. Tempoh sah permohonan anda adalah selama satu tahun namun jika sudah lebih setahun, anda boleh memohon semula.
Anda berminat untuk memohon? Atau berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang permohonan jawatan ini, baca artikel ini untuk mengetahui cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Pendaftaran KP19. syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan bidang tugas Pembantu Pendaftaran KP19.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PENDAFTARAN KP19
Isi Kandungan
Untuk anda yang berminat dengan jawatan ini, anda perlu teliti syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Anda juga perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan ini. Berikut merupakan syarat-syaratnya.
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80). - Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
BIDANG TUGAS PEMBANTU PENDAFTARAN KP19
Anda juga perlu tahu tugas-tugas Pembantu Pendaftaran KP19 jika anda ingin memohon jawatan ini.Antara tugas-tugas Pembantu Pendaftaran adalah seperti berikut.
- Memproses permohonan-permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Sijil Kewarganegaraan, Sijil Perkahwinan dan Penceraian dan Sijil Pindaan Butiran dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.
PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA
Bagi permohonan yang berjaya, anda akan menduduki peperiksaan perkhidmatan awam (jika terdapat peperiksaan bagi jawatan yang anda mohon tersebut). Peperiksaan ini dijalankan secara online. Peperiksaan ini akan menguji pengetahuan am anda serta beberapa lagi aspek lain seperti pengetahuan tentang jawatan yang anda pohon, daya penyelesaian masalah dan ujian psikometrik.
Jika anda berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan online ini, anda akan dipanggil temuduga pula. Anda perlu ketengahkan kebolehan berkomunikasi anda serta persiapkan diri anda dengan pengetahuan tentang isu semasa serta pengetahuan tentang jawatan ini ketika anda ditemuduga.
CARA MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PENDAFTARAN KP19
Untuk permohonan, layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) serta isi permohonan anda. Klik link yang disediakan di bawah untuk anda permohonan di SPA8i.
- Link Permohonan SPA8i: Klik SiniUntuk maklumat lanjut pendaftaran pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmata Awam Malaysia anda boleh rujuk Manual Pendaftaran Pekerja.
MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PENDAFTARAN KP19
Layari laman web rasmi SPA untuk anda dapatkan maklumat lanjut tentang permohonan jawatan ini. Klik link yang disediakan di bawah untuk ke laman web rasmi SPA.
- Laman web rasmi SPA: http://www.spa.gov.my/
Ambilan untuk jawatan ini dibuka sepanjang tahun. Ambilan hanya ada jika terdapat kekosongan bagi jawatan ini di mana-mana kementerian dan jabatan kerajaan. Untuk makluman anda, ambilan tahun ini belum dibuka. Jika dibuka, hebahan akan dibuat di laman kami. Selamat berjaya buat anda yang memohon.