Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

Statistik menunjukkan graduan di Malaysia lebih gemar mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan. Hal ini bukan sahaja disebabkan gaji yang dibayar lebih tinggi tetapi juga banyak manfaat lain yang diperoleh daripada bekerja dengan kerajaan. Maka, tidak hairanlah permohonan kerja dalam sektor kerajaan kian meningkat sepanjang tahun.

Pelbagai kementerian serta jabatan kerajaan menawarkan pekerjaan untuk dipohon oleh warganegara Malaysia yang sedang mencari kerja. Tawaran ini dibuka di dalam laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Jika anda ingin memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan ini, permohonan perlulah dibuat melalui laman SPA.

Salah satu kementerian yang membuka peluang kerjaya adalah Kementerian Sumber Manusia. Jawatan yang ditawarkan adalah Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19. Pembantu Perhubungan Perusahaan S19 bertanggungjawab dalam mendaftarkan pencari-pencari kerja.

Jika anda berminat, bolehlah kemukakan permohonan secara online di laman web rasmi SPA. Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa kerana dibuka sepanjang tahun. Tempoh sah permohonan adalah selama setahun dan jika melebihi setahun, permohonan perlu diisi semula.

Ambilan bagi permohonan ini juga dibuka sepanjang tahun. Ambilan hanya dijalankan sekiranya ada kekosongan jawatan ini dalam Kementerian Sumber Manusia. Ambilan untuk tahun ini masih belum dibuka. Ambilan akan dibuka jika ada kekosongan dalam jawatan ini kelak.

Ketahui cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Perhubungan Perusahaan S19, syarat-syarat kelayakan memohon dan juga bidang tugas Pembantu Perhubungan Perusahaan S19 dengan cara membaca artikel ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PERHUBUNGAN PERUSAHAAN S19

Setiap pemohon haruslah mengetahui syarat-syarat kelayakan memohon terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan. Pemohon juga perlulah memenuhi setiap syarat-syarat yang telah ditetapkan ini. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU PERHUBUNGAN PERUSAHAAN S19

Pemohon juga perlulah tahu tugas-tugas Pembantu Perhubungan Perusahaan S19. Selain daripada mendaftarkan pencari-pencari kerja, Pembantu Perhubungan Perusahaan S19 turut menjalankan tugas-tugas yang lain. Antara bidang tugas Pembantu Perhubungan Perusahaan S19 adalah seperti berikut.

  • Bertanggungjawab mendaftarkan pencari-pencari kerja.
  • Memberi nasihat / kaunseling tentang peluang pekerjaan.
  • Membaharui pendaftaran, menyediakan data-data mengenai kekosongan jawatan di majikan-majikan yang mendaftar serta menjalankan lawatan kemajuan ke majikan-majikan / perusahaan-perusahaan yang baru diluluskan.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Setiap permohonan yang berjaya perlu menduduki peperiksaan perkhidmatan awam (sekiranya jawatan yang dipohon itu terdapat peperiksaan kerana tidak semua jawatan yang ditawarkan dalam SPA ada peperiksaan.) Peperiksaan ini perlu dijalankan secara online dan merangkumi aspek pengetahuan am serta aspek-aspek lain seperti daya penyelesaian masalah dan ujian psikometrik.

Seterusnya, calon yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan perkhidmatan awam ini akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Pastikan calon menonjolkan kebolehan berkomunikasi serta berpengetahuan dalam jawatan yang dipilih.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PERUSAHAAN S19

Untuk mengemukakan permohonan, sila layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) dan isi permohonan di situ. Klik link di bawah untuk ke laman SPA8i.

Untuk maklumat lanjut tentang panduan pengisian permohonan di SPA8i, sila rujuk Manual Pendaftaran Pekerja.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PERUSAHAAN S19

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan ini, layari laman web rasmi SPA. Berikut disediakan link untuk ke laman web rasmi SPA.

Segeralah memohon jika anda berminat dengan jawatan ini kerana jika ada ambilan, anda berpeluang untuk dipilih. Kami mendoakan kejayaan permohonan anda!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.