Permohonan Program Industry LED Professional Certificate IPC (Penganggur & Yang Dibuang Kerja)

Musim pandemik Covid-19 ini ramai yang kehilangan pekerjaan akibat dibuang kerja dan masih lagi ramai yang menganggur akibat kekurangan pekerjaan pada masa kini. Jika anda merupakan rakyat negeri Pahang, masih menganggur dan dibuang kerja, inilah masanya untuk anda dapatkan pekerjaan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Pahang.

Kerajaan negeri Pahang telah menganjurkan satu program bersama agensi kerajaan iaitu MARii dibawah  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) iaitu Program Industry LED Professional Certificate IPC khas buat mereka yang dibuang kerja dan masih lagi menganggur.

Ianya terbuka kepada anda yang ingin bekerja tetapi tiada kelulusan, mahukan kerjaya yang stabil dan sangat memerlukan pekerjaan. Jom lihat apakah tahap kursus serta syarat yang diperlukan.

MANFAAT PROGRAM INDUSTRY LED PROFESSIONAL CERTIFICATE IPC

Terdapat pelbagai manfaat yang anda akan perolehi sepanjang program ini seperti:

  • Penginapan dan makan minum disediakan secara percuma.
  • Kemudahan pengangkutan secara percuma.
  • Latihan dan sijil kepada peserta setelah tamat latihan.
  • Berpeluang untuk bekerja dalam bidang automotif, elektrik & elektronik, pembuatan dan industri 4.0.
  • Elaun latihan selama 6 bulan dibayar terus oleh kerajaan kepada peserta.
  • Peluang mendapat pekerjaan dan gaji permulaan yang tinggi daripada pasaran.

TEMPOH KURSUS LATIHAN WAJIB

Tempoh untuk kursus latihan wajib adalah seperti berikut:

  • 1 bulan pembelajaran di dalam kelas.
  • 5 bulan latihan amali di industri yang terpilih.

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM INDUSTRY LED PROFESSIONAL CERTIFICATE IPC

Antara syarat kelayakan untuk permohonan mengikuti Program Industry LED Professional Certificate IPC ialah:

  • Minimum kelayakan adalah mempunyai Sijil SPM dn bagi yang mempunyai sijil PMR boleh dipertimbangkan.
  • Mestilah berumur 18 – 30 tahun
  • Terbuka kepada semua kaum dan jantina (lelaki / perempauan).
Nota : Perlu mohon segera kerana tempat adalah terhad. 

TAHAP KURSUS PROGRAM INDUSTRY LED PROFESSIONAL CERTIFICATE IPC

Sepanjang kursus Program Industry LED Professional Certificate IPC, anda perlu melalui 3 tahap yang telah disyaratkan iaitu:

TAHAP 1 : KURSUS PERSEDIAAN

  • Peserta didedahkan dengan pengetahuan aspek jati diri, motivasi, komunikasi, asas IT dan lain-lain yang berkaitan.
  • Seterusnya peserta didedahkan dengan pengenalan kepada industri elektronik dan pembuatan.
  • Diberi elaun RM 200 sebulan sepanjang kursus persediaan ini.

TAHAP 2 : LATIHAN INDUSTRI

  • Selepas tamat kursus persediaan, peserta akan ditempatkan di industri berhampiran selama 5 bulan untuk menjalani Latihan Sambil Kerja / On Job Training (OJT).
  • Elaun sebanyak RM 1,000 sebulan dan boleh mencecah hingga RM2,000 jika berkerja lebih masa / Over Time (OT).

TAHAP 3 : ALAM PEKERJAAN

  • Setelah peserta tamat menjalani Latihan Sambil KerjaTamat / On Job Training (OJT), peserta akan di beri insentif tambahan tamat program pula sebanyak RM1,000.
  • Peserta juga akan ditawarkan kerja tetap dengan gaji minima RM1,800 hingga RM2,200 sebulan.

Mohon dengan segera kerana tempat yang disediakan adalah terhad dan kerajaan membayar anda untuk bekerja dan pastikan anda benar-benar ingin bekerja untuk masa hadapan anda.

Permohonan Program Industry LED Professional Certificate IPC (Penganggur & Yang Dibuang Kerja)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Industry LED Professional Certificate IPC, sila hubungi :

  • Iwan: +60 11 6551 4389
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.