Anda terperasan sesuatu tak?
Sebenarnya rakyat Malaysia kaya dengan macam-macam petua untuk mengubat segala jenis penyakit dan kebanyakan petua turun-temurun itu pula menggunakan bahan-bahan semula jadi yang ada di sekeliling kita.
Tapi, petua itu boleh jadi betul, boleh jadi salah dan kalau berkesan, ia mungkin hanya kebetulan. Nak tahu tak beberapa petua yang boleh anda amalkan sebelum anda dapatkan rawatan? Tengok je disini ye!
8 PETUA ORANG DULU-DULU YANG BOLEH DIAMALKAN
Isi Kandungan
Sudah pasti kita semua tahu bahawa orang tua dulu-dulu sangat kaya dnegan bermacam amalan dan petua.
Tetapi tidak salah untuk kita cuba dan amalkan.
Nak tahu tak apakah petua orang tua dulu-dulu yang boleh kita amalkan pada masa kini? Tengok disini ya.
Legakan Sakit kepala
- Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara mengambil daun lemuni hijau lebih kurang sekilogram dan di masukkan kedalam sarung bantal.
- Kemudian tidurlah di atasnya selama dua tiga hari.
Kulit Berkedut
- Ambil sebatang lobak merah, bersihkan dan parut, setelah itu campurkan sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung.
- Bahan ini dikacau hingga sebati, setelah itu bolehlah dilumurkan pada kulit muka.
- Lakukan sekali sehari pada waktu malam. Cucilah muka ketika hendak tidur dengan air suam. Amalkan Selalu insyaallah berkesan.
Petua Menghentikan Pendarahan
- Ambil tembakau rokok dan tekapkan pada bahagian yang berdarah. Waktu menekapkannya pada luka hindarkan dari terkena air.
- Hasilnya, insyaAllah darah akan berhenti mengalir dan luka tidak lagi terasa sakit.
Menjadikan wajah berseri
- Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan toskan airnya.
- Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.
Menghilangkan jerawat batu
- Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita.
- Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air.
- Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.
Menghilangkan parut luka
- Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya.
- Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.
Mengelak kain batik daripada luntur
- Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru.
- Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman.
- Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi.
Menghilangkan bau nasi hangit
- Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit.
- Tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.
RESEPI-RESEPI BOLEH DICUBA
Anda juga boleh mencuba beberapa resepi viral yang boleh anda cuba seperti yang dikongsikan disini:
- Jom Makan Secara Sihat! Ini Resepi Ikan Talapia Bakar Kunyit. Boleh Cuba Untuk Makan Tengahari
- Peminat Seafood Mesti Suka Resepi Udang Spicy Sweet Sour Ini. Celur-Celur, Siap!
- Resepi Kopi Viral Sepanjang PKP 3.0. Tak Susah & Tak Perlu Keluar Rumah Lagi Dah!
- Resepi Popia Simpul Kasih Serunding Ikan. Mudah & Semestinya Sedap!
- Lebih Sedap Dari Pasar Malam. Resepi Roti John Homemade Paling Sedap.
- Buat Meatball Guna Resepi ‘Bocor’ Dari IKEA. Sebijik Rasa Macam Makan Di IKEA.
Wah! Macam-macam resepi ada ya. Selamat mencuba!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.