Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Air Asam Telur Rebus Bikin Ketagih. Makan Sekali, Tambahnya Berkali-Kali!

1,128

Bukan semua orang makan bertambah dengan pelbagai hidangan lauk yang menarik.

Namun, kebanyakan antara kita sukakan makanan yang simple dan mudah dibuat dan ia lebih menyelerakan sehingga makan pun bertambah-tambah.

Nak tahu juga resepi air asam telur rebus ni macam mana nak buat. Tengok je resepi air asam rebus seperti yang dikongsikan dibawah ini ya!

KHASIAT TELUR REBUS

Tahu tak, terdapat pelbagai jenis khasiat telur rebus untuk diet harian anda. Ini khasiat telur yang anda perlu tahu.

  • Protein sangat penting untuk kesihatan kita, termasuklah untuk membina otot dan tulang dan menghasilkan hormon dan enzim.
  • Telur menyediakan kira-kira 6 gram protein berkualiti tinggi. Sebenarnya, telur adalah salah satu sumber protein terbaik yang boleh di makan.
  • Ini disebabkan sifat proteinnya yang lengkap, telur mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.
  • Jadi tak hairanlah mengapa pengamal diet mengambil telur rebus sebagai sajian protein utama mereka.

RESEPI AIR ASAM TELUR REBUS

Jangan buang masa, inilah resepi untuk anda menyediakan air asam telur rebus yang sangat menyelerakan.

Bahan-bahan

  • Telur
  • Cili api
  • Bawang besar
  • Tomato
  • Asam jawa
  • Garam
  • Perisa ajinomoto
  • Air suam

Cara penyediaan

  • Rebus telur selama 7 minit sahaja.

Manfaat Makan telur | Kuli.co.id - Kelompok Usaha Lestari Sumbawa NTB

  • Pastikan periuk tidak terlalu besar, pastikan air sama paras dengan telur dan buka api yang paling besar.
  • Hiris atau cincang cili api, bawang besar dan tomato.
  • Kemudian masukkan air asam dan letakkan garam, perisa dan sedikit air suam. Sesuaikan dengan kuantiti telur yang anda rebus.
  • Biarkan selama 15 minit agar segala rasa meresap ke dalam telur.
  • Sedia untuk dihidang!

Resipi Telur Air Asam. Menu Simple Yang Sangat Sedap.

MASA SESUAI REBUS TELUR

Nak rebus telur dengan cantik mengikut masa yang sesuai?

Rujuk je gambar dibawah.

Resep Scotch Egg Inggris, Telur Rebus Goreng untuk Nonton Euro 2020 Halaman  all - Kompas.com

RESEPI-RESEPI BOLEH DICUBA

Anda juga boleh mencuba beberapa resepi viral yang boleh anda cuba seperti yang dikongsikan disini:

Wah! Macam-macam resepi ada ya. Selamat mencuba!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...