Portal e-Aduan 2.0 KPDNHEP, Laporkan Kenaikan Harga Barang Melampau Disini & Ini Cara Buat Laporan
Macam-macam barang naik dan ada harga barang naik melampau-lampau? Macam mana nak buat aduan ya?
Seperti baru-baru ini, telah dilaporkan bahawa harga sayur, harga ayam serta harga roti Gardenia telah naik dan ada harga barang yang telah naik sehingga 200%.
Tetapi kalau harga naik melampau-lampau, gunakan Portal e-Aduan 2.0 KPDNHEP je untuk buat laporan.
FUNGSI PORTAL e-ADUAN 2.0
Isi Kandungan
Fungsi Portal e-Aduan 2.0 KPDNHEP ialah:
- Menyalurkan aduan dan laporan kepenggunaan.
- Menyalurkan pertanyaan dan cadangan mengenai kepenggunaan.
- Membuat semakan status terhadap aduan pengguna.
- Menjadi rujukan sejarah aduan (history) yang telah dibuat dan tindakan yang telah diambil.
Anda boleh membuat aduan di Portal e-Aduan 2.0 KPDNHEP seperti berikut:
- Harga
- Transaksi Atas Talian
- Perkhidmatan Mengelirukan
- Bengkel Kenderaan Bermotor
- Iklan Mengelirukan
- Perihal Perdagangan Palsu
- Sewa Beli Kenderaan
- Barang Kawalan
- Barang Tiruan
- Jualan Murah
- Jualan Langsung
- Timbang dan Sukat
- Jualan Kredit
- Perihal Halal
- Ejen Pemilikan Semula
- Badan Perlesenan (Royalti)
- Cetak Rompak
- Gores dan Menang
- Skim Piramid
- Perlesenan Petroleum
- Perlesenan Perdagangan Pengedaran
- Perlesenan Jualan Langsung
- Peraturan Standard Keselamatan (MC/MS)
- Label Cakera Optik
- Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
- Barang-barang Yang Diperbuat Daripada Mana-mana Bahagian Anjing/Babi
CARA BUAT ADUAN MELALUI PORTAL e-ADUAN 2.0 KPDNHEP
Nak buat aduan harga barang naik dan tidak munasabah? Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:
- Klik Aduan Kepenggunaan dan klik Daftar Baru
- Pada bahagian Pendaftaran Baru, isikan maklumat yang diperlukan
- Scroll pada bahagian Daftar yang terletak pada bahagian bawah
- Log masuk semula dan buat Aduan Baru, Semak Aduan atau Semak Status Pertanyaan.
8 SALURAN ADUAN KPDNHEP
Selain daripada membuat laporan melalui Portal e-Aduan 2.0 KPDNHEP, anda juga boleh menggunakan 8 saluran aduan yang lain di:
Baca juga: Senarai Nombor Telefon KPDNHEP Setiap Negeri Untuk Aduan Untuk Aktiviti Perniagaan Tak Beretika
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai aduan harga barang naik melampau dan tidak munasabah, sila dapatkan disaluran berikut:
- E-mel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.