Cara Mohon Program Dermasiswa B40 Jabatan Perkhidmatan Awam. Klik Sini & Mohon

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipelawa untuk memohon Program Dermasiswa B40 Tahun 2021 yang telah dibuka oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Permohonan juga telah dibuka mulai 12 Julai 2021 dan permohonan adalah secara online.

Semak syarat kelayakan dan buat permohonan sebelum ditutup pada 25 Julai 2021 nanti.

Baca juga: Tawaran Penajaan Biasiswa & Dermasiswa JAIS Untuk Lepasan SPM/STAM Bagi Pengajian Ke Timur Tengah. Mohon Sebelum 14 Julai 2021

TARIKH MOHON PROGRAM DERMASISWA B40 2021

Tarikh mohon Program Dermasiswa B40 2021 adalah mulai:

  • 12 Julai hingga 25 Julai 2021

Nota: Sertai sesi soal jawab permohonan melalui Google Meet. Dibuka sepanjang tempoh permohonan kecuali cuti umum.

GOLONGAN SASARAN

Pelawaan penajaan dalam bentuk dermasiswa kepada:

  • Calon lepasan SPM 2020 daripada golongan B40

Ia juga disasarkan kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma khususnya dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di:

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik
  • Institut Kemahiran Awam (IKA) (IKBTN, ADTEC, JMTI, IKM, KKTM & Kolej Komuniti sahaja)

BIDANG PENGAJIAN YANG TIDAK DITAJA

Antara bidang pengajian yang tidak ditaja Dermasiswa B40 ialah:

  • Pendidikan
  • Kejururawatan
  • Sijil Profesional untuk perlesenan (Contoh: Aircraft Maintenance License)
  • Kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2021

Syarat permohonan yang ditetapkan pula adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai kesihatan yang baik
  3. Menduduki pepriksaan SPM 2020 pertama kali
  4. Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan)
  5. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama
  6. Pendapatan per kapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849 sebulan dan ke bawah.

CARA MOHON

Berminat? Ini cara mohon Program Dermasiswa B40 Tahun 2021 yang anda perlu tahu:

Cara Mohon Program Dermasiswa B40 Jabatan Perkhidmatan Awam. Klik Sini & Mohon

  • Baca syarat permohonan dan buat permohonan anda.
  • Akhir sekali, cetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2021 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

TARIKH KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA:

Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.

Baca juga: Cara Mohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Pengambilan 2021/2022. Semak Cara Mohon Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Dermasiswa B40 Tahun 2021 di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.