Program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) Jabatan Kemajuan Masyarakat Untuk Warga Emas & Orang Kurang Upaya (OKU). Ini Senarai Aktiviti
Mesti ramai belum tahu mengenai Program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) yang berada dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Program ini adalah satu perkhidmatan sokongan sosial yang disediakan oleh sukarelawan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Ingin tahu apa aktiviti yang disediakan oleh sukarelawan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) ini? Teruskan membaca artikel ini dan dapatkan info selanjutnya.
Baca juga: JKM: Cara Daftar, Semakan Dan Kemaskini 11 Skim Bantuan Secara Online
TUJUAN PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (KBDR)
Isi Kandungan
Program ini juga bertujuan menyemarakkan perkembangan kesukarelawan (volunteerism) yang lebih tersusun dan berkesan dalam masyarakat.
Penglibatan sukarelawan dalam kerja-kerja komuniti melalui Program Khidmat Bantu di Rumah dapat melancarkan proses pemerkasaan komuniti menerusi penglibatan aktif komuniti secara sukarela untuk pembangunan dan kesejahteraan bersama.
Ia juga bertujuan membina integrasi sosial di kalangan komuniti setempat secara holistik.
Ia juga menyokong usaha JKM dalam menjayakan program Deinstitutionalisation (DI) dengan memberi khidmat seperti berikut:
- Khidmat bantu di rumah merupakan satu program yang memberi khidmat sokongan kepada warga emas dan OKU terutama bagi mereka yang tinggal bersendirian atau bersama ahli keluarga di rumah yang kurang penjagaan dan kurang berkemampuan
- Bercorak pendampingan sosial (social outreach)
- Sukarelawan yang dilatih dan melaksanakan tugasmereka berdasar konsep dan prinsip kesukarelaan.
- Berkonsepkan kebajikan sebagai tanggungjawab bersama.
AKTIVITI PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (KBDR)
Khidmat bantuan yang boleh diberikan oleh Sukarelawan Kebajikan adalah seperti berikut (mengikut keperluan):
- Menyediakan makanan dan minuman.
- Pembersihan diri (memandikan, memotong kuku) menyikat rambut dan sebagainya).
- Menjadi rakan berbual.
- Menjalankan aktiviti riadah.
- Mengemas atau membersihkan tempat tinggal, persekitaran.
- Membasuh, menyidai dan melipat pakaian.
- Mengeluarkan wang dari Bank.
- Membuat pembayaran bil.
- Memberikan perkhidmatan fisioterapi berkelayakan.
- Memberi latihan praktikal tentang teknik-teknik penjagaan kepada penjaga.
- Memberi galakan dan latihan praktikal ke arah gaya hidup sihat.
- Membawa ke hospital/klinik untuk tujuan rawatan dan mengambil ubat.
- Mengajar warga emas/OKU/penjaga mengambil ubat dengan betul.
- Menemani warga emas dan OKU ke tempat beribadat.
- Bantuan lain yang dirasakan perlu.
KADAR BANTUAN KHAS SUKARELAWAN KBDR
Kadar Bantuan Khas kepada Sukarelawan Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services) adalah sebanyak:
- RM300.00 seorang yang diberikan secara one off
Baca juga: RM500 Seorang, Bantuan Untuk 3 Bulan Bantu OKU Hilang Pekerjaan
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Khidmat Bantu Di Rumah sila hubungi:
- Bilik Gerakan JKM: 03-8323 1996
- Talian Kasih 15999 / Whatsapp Talian Kasih 019-2615999
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.