Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM), Geran Perniagaan Sehingga RM10,000. Ini Syarat Kelayakan Yang Diperlukan

2,063

Untuk menaiktaraf kehidupan dan ekonomi kaum India di Selangor, Hijrah Selangor telah menawarkan satu program untuk usahawan India iaitu Program Pembangunan Usahawan India Selangor ataupun dalam Bahasa Tamil  “Selangor Inthiyar Thozhil Arvalar Maiyam” (SITHAM).

Melalui program ini peserta akan ditawarkan ialah Latihan Pembangunan Usahawan, Kursus Kemahiran dan Pembuatan, GROW adalah program Bimbingan Perniagaan dan GERAN Bantuan Peralatan Perniagaan.

Semak syarat kelayakan SITHAM yang ditawarkan Hijrah Selangor dan buat permohonan sekiranya layak.

Baca juga: GKP 4.0 PEMULIH Dengan Bayaran Tambahan Sehingga RM1,000 Untuk Kelangsungan Perniagaan. Ini Cara Mohon

INFO RINGKAS PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN INDIA SELANGOR (SITHAM)

SITHAM adalah satu Program Pembangunan Usahawan India Selangor ataupun dalam Bahasa Tamil “Selangor Inthiyar Thozhil Arvalar Maiyam”, yang bertujuan bagi menaiktaraf kehidupan dan ekonomi menerusi janaan pendapatan melalui kemahiran sendiri.

Ianya juga melahirkan usahawan India yang berpengetahuan sifar kepada usahawan berkemahiran untuk menjadi usahawan mikro. Sebagai medium kepada masyarakat India yang berpotensi untuk meningkatkan daya saing melalui latihan usahawan.

TARIKH PERMOHONAN

  • 5 Julai 2021

4 KATEGORI PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN INDIA SELANGOR (SITHAM)

Terdapat 4 kategori program yang disediakan kepada peserta seperti berikut:

Latihan Pembangunan Usahawan

  • Memberi latihan asas kepada usahawan India untuk mempelajari teknik menambah jualan dan memahami keperluan terkini dalam perniagaan seperti Pengurusan Perniagaan, Online Marketing, Peluang Pinjaman, Permohonan Perlesenan dan Pendaftaran Syarikat.

Kursus Kemahiran dan Pembuatan

  • Merupakan kursus jangka masa pendek, memberi latihan secara one-off kepada peserta yang tidak mempunyai sebarang kemahiran perniagaan dan pembuatan contoh gubahan jambangan bunga, masakan kuih tradisional, ukiran henna dan sebagainya.

Program GROW

  • Merupakan satu Program Bimbingan Perniagaan yang memberi latihan perniagaan berterusan selama minima 3 bulan, Pakej latihan kemahiran dan bantuan alatan ini akan di kendalikan oleh syarikat peneraju yang dilantik.

Program GERAN

  • Merupakan bantuan peralatan kepada peniaga yang telah memulakan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas. Nilai bantuan peralatan dengan had maksima sebanyak RM10,000.00 untuk setiap permohonan.

SYARAT KELAYAKAN SITHAM

Syarat kelayakan SITHAM untuk setiap permohonan adalah seperti berikut:

LATIHAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

Cara Mohon Program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM), Geran Perniagaan Sehingga RM10,000. Ini Syarat Kelayakan Yang Diperlukan

KURSUS KEMAHIRAN & PEMBUATAN

PROGRAM GROW

PROGRAM GERAN 

CARA MOHON

Sekiranya berminat, anda boleh membuat permohonan dipautan berikut:

Nota: Buat masa ini, permohonan Program GERAN telah dibuka dan klik sini untuk muat turun borang.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM) di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...