Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Majikan Dah Daftar Penjana Kerjaya 2.0? Jika Belum, Sila Daftar Sebelum Tarikh Tutup 7 Julai Ini

4,539

Mungkin ada ramai lagi dikalangan majikan yang belum mendaftarkan pekerja mereka dibawah program Penjana Kerjaya 2.0 untuk mendapatkan pelbgai manfaat dan faedah.

Jika anda tergolong dalam golongan majikan yang belum mendaftarkan pekerja dibawah program Penjana Kerjaya 2.0, anda boleh berbuat demikian sebelum tarikh tutup permohonan pada 7 Julai 2021 ini.

Bagaimanakah caranya untuk membuat pendaftaran dibawah program PenjanaKerjaya ini?

APA ITU PROGRAM PENJANAKERJAYA 2.0?

Program PenjanaKerjaya 2.0 merupakan insentif pengambilan pekerja yang ditambahbaik untuk majikan dan pencari kerja yang berdaftar di portal pekerjaan MYFutureJobs.

Kadar insentif sehingga RM6,000 diberikan mengikut kategori pekerja untuk tempoh enam bulan dan bantuan latihan sehingga RM7,000 untuk pekerja yang diambil bekerja.

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN PENJANAKERJAYA 2.0

Tarikh tutup pendaftaran program PenjanaKerjaya 2.0 adalah pada:

  • 7 Julai 2021

KELAYAKAN PERMOHONAN PENJANAKERJAYA 2.0

Majikan yang layak untuk permohonan pendaftaran PenjanaKerjaya 2.0 ialah:

  • Majikan daripada semua kategori industri yang telah berdaftar dengan PERKESO
  • majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau lain-lain pihak berkuasa seperti ROS, ROC, PBT dan lain-lain.

DOKUMEN SOKONGAN

Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon program PenjanaKerjaya 2.0 ialah:

  • Maklumat akaun bank yang tertera nama majikan, nombor akaun majikan dan nama bank.
  • Maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang telah disahkan oleh Pihak Bank.
  • Borang Pengesahan Pekerja  yang telah ditandantangani pekerja.
  • Maklumat akaun bank pekerja yang mengandungi maklumat seperti nama pekerja, nombor akaun pekerja, nombor kad pengenalan dan nama bank.
  • Perakuan/Self Declaration oleh majikan sekiranya pekerja tersebut terdiri dalam kategori Golongan Mudah Terjejas.
  • Kontrak Perkhidmatan Pekerja Baru yang perlu disimpan sebagai bukti dan perlu dikemukakan kepada PERKESO sekiranya perlu.

Baca juga: PERKESO: Pelaksanaan 4 Inisiatif Untuk Pekerja & Majikan Sepanjang 2021

PERKESO: Pelaksanaan 4 Inisiatif Untuk Pekerja & Majikan Sepanjang 2021

CARA MOHON PENJANAKERJAYA 2.0

Majikan yang ingin membuat pendaftaran dan permohonan program PenjanaKerjaya 2.0 boleh membuat permohonan di:

Majikan Dah Daftar Penjana Kerjaya 2.0? Jika Belum, Sila Daftar Sebelum Tarikh Tutup 7 Julai Ini

Nota: bagi majikan yang telah menggajikan pekerja baharu mulai 15 Jun 2021 boleh membuat permohonan bagi Program PenjanaKerjaya 3.0 yang akan dibuka dalam masa terdekat.

Baca juga: Syarat & Cara Mohon SIP Prihatin PERMAI Sehingga 9 Bulan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika ingin dapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai Program PenjanaKerjaya 2.0, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...