Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Sayangkan Perniagaan Anda? Ikuti Program Pemulihan Kredit MARA & Ini Cara Mohon

1,275

Usahawan yang masih sayangkan perniagaan masing-masing boleh membuat permohonan untuk mengikuti Program Pemulihan Kredit MARA yang telah dibuka permohonannya.

Sekurang-kurangnya anda boleh menyelamatkan perniagaan anda menerusi Program Pemulihan Kredit MARA dengan hanya mengisi borang secara online sahaja

Dapatkan maklumat mengenai permohonan untuk mengikuti Program Pemulihan Kredit MARA disini dan buat permohonan anda sekiranya anda sayangkan perniagaan anda.

INFO RINGKAS PROGRAM PEMULIHAN KREDIT MARA

Program Pemulihan Kredit MARA dilancarkan oleh MARA melalui Penjadualan dan Penstrukturan  (R&R) semula bayaran balik Skim Pembiayaan Perniagaan bagi membantu usahawan yang terkesan dapat meneruskan meneruskan kelangsungan perniagaan dengan menyusun semula kaedah bayaran balik agar lebih tersusun dan munasabah.

Baca juga: Cara Mohon Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (Skim OKU) MARA Sehingga RM50,000. Ini Syaratnya

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran yang digalakkan untuk memohon Program Pemulihan Kredit MARA adalah seperti berikut:

  • Usahawan yang menghadapi kesukaran membayar balik pembayaran perniagaan.
  • Aliran tunai syarikat anda ketat.
  • Usahawan yang memerlukan ansuran bulanan yang lebih rendah ketika ini.
  • Usahawan yang memerlukan peluang kedua untuk terus mendapatkan kemudahan MARA.
  • Usahawan yang ingin memperbaiki Skor Kredit.

KAEDAH PROGRAM PEMULIHAN KREDIT

Terdapat 2 kaedah Program Pemulihan Kredit yang dijalankan adalah seperti berikut:

1. Penjadualan Semula

  • Penjadualan semula dengan pemanjangan tempoh bayaran balik sehingga 36 bulan.

2. Penstrukturan Semula

  • Penstrukturan semula bayaran balik dengan menukar kaedah bayaran balik daripada secara sekaligus kepada secara bulanan sehingga 120 bulan tertakluk kepada terma dan syarat.

DOKUMEN PERMOHONAN

Sediakan dokumen berikut untuk membuat permohonan Program Pemulihan Kredit MARA agar proses permohonan anda berjalan dengan lancar:

  1. Surat Permohonan R&R*
  2. Penyata Kewangan Beraudit 2 tahun terkini
  3. Akaun Pengurusan (6 bulan terkini)
  4. Penyata Bank 3 bulan terkini (Untuk perniagaan)*
  5. Maklumat lain-lain pendapatan (Sekiranya ada)
  6. Surat Kebenaran Penjamin untuk memohon R&R*

*Mandatori

PERMOHONAN PROGRAM PEMULIHAN KREDIT MARA

Lengkapkan borang permohonan dipautan ini:

Sayangkan Perniagaan Anda? Mohon Untuk Ikuti Program Pemulihan Kredit MARA

  • Isikan maklumat dengan betul dan tepat. Jangan buat penipuan ketika mengisi borang permohonan anda.
  • Klik HANTAR untuk menghantar permohonan anda.

Baca juga: Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) MARA Secara Online

MAKLUMAT LANJUT & PERNIAGAAN

Untuk dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Program Pemulihan Kredit MARA, sila hubungi R&R Careline di talian berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...