Program Perantisan Pengekalan Pekerjaan & Insentif Penggajian PEMERKASA. Insentif Sehingga RM800 Selama 6 Bulan
Untuk menggalakkan golongan belia mempunyai pekerjaan pada masa kini, PERKESO telah menyediakan satu program yang dinamakan Program Perantisan PERKESO dan ianya khas untuk golongan belia Malaysia.
Program Perantisan PERKESO belia ini dilaksanakan di bawah Program Strategik Memperkasa Rkayat dan Ekonomi (PEMERKASA). Program ini telah ditambah baik dari sudut tempoh insentif daripada 3 bulan kepada 6 bulan.
Baca juga: RM1,200 Gaji & Pelbagai Elaun Ikuti Program Perantisan PenjanaKerjaya Januari 2021
PERBEZAAN TEMPOH PENJANA KERJAYA 2.0 & PROGRAM PERANTISAN PEMERKASA
Isi Kandungan
Antara perbezaan tempoh PENJANAKERJAYA 2.0 & PEMERKASA ialah:
- PENJANAKERJAYA 2.0: 3 Bulan
- PEMERKASA: 6 Bulan
JUMLAH INSENTIF PROGRAM PERANTISAN PEMERKASA
Jumlah insentif bagi Program Perantisan PEMERKASA adalah sebanyak:
- RM800 sehingga tempoh 6 bulan.
- RM1,000 bagi bulan 1 hingga bulan ke 3 dan RM600 bagi bulan ke 4 hingga bulan ke 6 untuk lanjutan PEMERKASA bagi pemohon sedia ada.
JENIS PROGRAM PERANTISAN & TARIKH PERMOHONAN
PROGRAM | TEMPOH | JUMLAH INSENTIF | TARIKH PERMOHONAN |
Program Perantisan Asal (PenjanaKerjaya 2.0) |
3 bulan | RM1,000 | – |
Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Permohonan Baru) | 6 bulan | RM800 | 1 April 2021 |
Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Lanjutan daripada Perantisan Asal) | 3 bulan + 3 bulan lanjutan | RM1,000 untuk 3 bulan pertama
& RM600 untuk 3 bulan lanjutan |
15 April 2021 |
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup untuk permohonan Program Perantisan PERKESO PEMERKASA ialah:
- 30 Jun 2021
SYARAT PERMOHONAN PROGRAM PERANTISAN PERKESO PEMERKASA
Syarat permohonan untuk Program Perantisan PERKESO PEMERKASA adalah seperti berikut:
MAJIKAN
- Pekerja yang digajikan mestilah seorang graduan atau lepasan sekolah yang berumur antara 18 hingga 30 tahun.
- Mana-mana perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh syarikat dan badan-badan berkanun yang diasingkan saran daripada Sistem Saraan Kerajaan boleh digajikan oleh majikan.
PERANTIS
- Calon adalah dari kalangan lepasan sekolah.
- Graduan yang masih menganggur dan tidak mempunyai kerja tetap.
CARA MEMOHON PROGRAM PERANTISAN PERKESO PEMERKASA
Terdapat 3 langkah untuk memohon Program Perantisan PERKESO PEMERKASA ialah:
Langkah 1
- Iklankan jawatan untuk perantisan di www.myfuturejobs.gov.my
Langkah 2
- Ambil perantis menerusi MyFutureJobs dan daftar maklumat mereka di ASSIST PERKESO.
Langkah 3
- Buat permohonan insentif di penjanakerjaya.perkeso.gov.my
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Maklumat lanjut mengenai Program Perantisan PERKESO PEMERKASA di:
- 1 300 22 8000 / 03-8091 5300
- [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.