Update: Cara Mohon PPRT Untuk Bantuan Baik Pulih Atau Bina Baru Rumah Secara Atas Talian. Semak Kelayakan Disini
Adakah anda memerlukan bantuan untuk membaik pulih atau membina baru rumah untuk didiami?
Jika ya, anda boleh membuat permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) secara online sahaja melalui laman web Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Semak syarat kelayakan permohonan disini dan buat permohonan anda sebelum terlambat.
Baca juga: Serendah RM280, Skim Bantuan Rumah Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) & BIMB
INFO RINGKAS PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT)
Isi Kandungan
PPRT adalah bertujuan untuk:
- Meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga
KATEGORI BANTUAN PPRT
Terdapat 2 kategori bantuan dari PPRT iaitu:
BINA BARU
- Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
BAIK PULIH
- Baik pulih melibatkan 3 elemen seperti berikut:
– Penyelenggaraan
– Penambahbaikan
– Requisition
SYARAT AM KELAYAKAN PERMOHONAN PPRT
Syarat am kelayakan permohonan PPRT ialah:
- Pemohon adalah Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem ekasih
- Diperakukan oleh Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan (Pejabat Daerah)
- Diperakukan oleh mana-mana agensi KPLB seperti KEMAS, JAKOA, Lembaga KEmajuan Wilayah (KESEDAR, KEDA, KETENGAH, KEJORA, PERDA) atau mana-mana agensi Kerajaan yang terlibat dalam bantuan kemiskinan seperti JKM, Baitulmal dan lain-lain.
- Memiliki tanah sendiri bagi permohonan bina baru. Sekiranya tapak milik orang lain /tanah milik kerajaan, kebenaran guna tanah secara bertulis perlu diperolehi daripada pemilih tanah.
- Kawasan luar bandar.
SYARAT BANTUAN BINA BARU
Syarat bantuan bina baru akan diberikan kepada peserta seperti berikut:
- Tidak mempunyai rumah
- Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami
- Tidak ekonomik untuk dibaiki
- Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh)
- Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.
SYARAT BANTUAN BAIK PULIH
Syarat bantuan baik pulih akan diberikan kepada peserta seperti berikut:
- Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
- Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.
KEUTAMAAN BANTUAN
Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan akan diberikan kepada golongan berikut:
- Warga emas
- Orang kurang upaya (OKU)
- Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
- Mangsa bencana yang berskala kecil
- Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang
DOKUMEN DIPERLUKAN
Dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan adalah seperti berikut:
- Dokumen berkaitan pemilikan harta / tanah,
- Dokumen pendapatan,
- Gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Gambar rumah semasa (sekiranya ada)
CARA MOHON
Permohonan PPRT secara online adalah seperti berikut:
- Klik pada Program Perumahan Rakyat Termiskin.
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Klik Seterusnya dan sehingga hantar permohonan anda.
Baca juga: Cara Mohon Rumah Semurah RM70,000 Melalui Program Rumah Perakku
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sila hubungi:
- Telefon: 03-8000 8000
- Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.