Nak Tahu Bulan Pelaksanaan Program Prihatin Kasih RM100 Selama 3 Bulan Mengikut Negeri? Semak Disini Je!
Pastinya semua penerima Program Kasih Prihatin tertanya-tanya mengenai bulan pelaksanaan bantuan barangan dapur RM100 secara cashless setelah mendapati layak untuk menerima bantuan tersebut.
Untuk pengetahuan anda juga, bulan pelaksanaan bagi Program Kasih Prihatin adalah mengikut negeri seperti yang akan dikongsikan sebentar nanti.
Bagi anda yang belum membuat permohonan, anda boleh membuat permohonan pada pautan dibawah.
Baca juga: RM100 Sebulan Selama 3 Bulan Program Prihatin Kasih, Semak Kelayakan & Cara Mohon Disini
INFO RINGKAS PROGRAM KASIH PRIHATIN
Isi Kandungan
Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.
Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.
JENIS BARANGAN ASAS
Antara barangan asas yang boleh dibeli ialah:
- Makanan dalam tin
- Susu bayi
- Beras
- Minyak masak
- Telur dan sebagainya
Semua barangan asas ini boleh didapati di:
- 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.
BULAN PELAKSANAAN PROGRAM PRIHATIN KASIH
Untuk makluman anda, bulan pelaksanaan Program Prihatin Kasih RM100 selama 3 bulan ini adalah mengikut negeri seperti berikut:
NEGERI | BULAN PELAKSANAAN |
Selangor dan Kuala Lumpur | Julai – September 2021 |
Kelantan, Johor, Pualu Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu | Ogos – Oktober 2021 |
Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak | September – November 2021
Atau Oktober – Disember 2021 (Akan dimaklumkan kemudian) |
SEMAKAN PERMOHONAN
Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Baca juga: 6 Jenis Bantuan Kerajaan Yang Ditambah Baik Semasa Lockdown Sangat Membantu Rakyat. Anda Dah Mohon?
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut mengenai Program Prihatin Kasih sila dapatkan di:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.