Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Program SiberKASA Latihan Kemahiran Keselamatan Siber PEMULIH. Elaun RM1,200 Sebulan Menanti Ada!

1,852

Para siswazah yang belum mempunyai sebarang pekerjaan dipelawa untuk memohon mengikuti Program SiberKASA PEMULIH dengan pelbagai faedah menanti anda.

Selain itu, anda juga akan menerima elaun sebanyak RM1,200 sebulan sepanjang latihan dijalankan.

Bagi anda yang ingin memohon untuk mengikuti Program SiberKASA PEMULIH boleh berbuat demikian mulai sekarang melalui pautan yang dikongsikan sebenatar lagi.

Baca juga: Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) RM300 Lepasan Sekolah, Graduan Dibuka Untuk Permohonan. Ini Syarat Kelayakannya

INFO RINGKAS PROGRAM SIBERKASA PEMULIH

Program SiberKASA Latihan Kemahiran Keselamatan Siber adalah program Pelan Pemulihan Negara (PEMULIH) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Agensi pelaksana program ini ialah CyberSecurity Malaysia.

Program ini adalah program Pensijilan Profesional Keselamatan Siber Global ACE Certification (www.globalace.org) yang akan dilaksanakan oleh CyberSecurity Malaysia.

Diperkenalkan oleh CyberSecurity Malaysia untuk membangun, memperkasa, melestari dan mengukuhkan prasarana serta ekosistem keselamatan siber di Malaysia.

Sebagai salah satu usaha CyberSecurity Malaysia dalam memastikan kelangsungan perkembangan bidang keselamatan siber serta penawaran produk dan perkhidmatan CyberSecurity Malaysia kepada pengguna Internet di pelbagai sektor, industri dan juga individu. Ia menjadi satu manifestasi untuk menangani ancaman dan serangan siber yang semakin kompleks dan sofistikated.

KELAYAKAN PERMOHONAN

Kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  • Mempunyai latar belakang Teknologi Maklumat..
  • Terkesan daripada pandemik Covid-19.
  • Hilang pekerjaan dan tiada punca pendapatan.
  • Siswazah menganggur

FAEDAH PROGRAM SIBERKASA PEMULIH

Faedah program yang bakal anda perolehi ialah:

  • Latihan Profesional Keselamatan Siber dan Persijilan
  • On the job training
  • Peluang pekerjaan
  • Elaun OT RM1,200 sebulan

TEMPOH PROGRAM

Tempoh program adalah seperti berikut:

  • 3 bulan iaitu Julai hingga Disember 2021 secara 3 peringkat.

PROGRAM LATIHAN PROGRAM SIBERKASA PEMULIH

8 Program latihan yang disediakan ialah:

  1. Cyber Security Essential
  2. Certified Information Security Awereness Manager
  3. Certified PenetrationTester
  4. Certified Data Security Professional
  5. Professional Business Continuity Implementer
  6. Security Analyst
  7. SecureMi Certified Administrator
  8. Secured Development Analyst
Nota: Proses placement akan dilaksanakan setelah latihan dan OJT selesai. Peserta akan diberi peluang ditempatkan di syarikat-syarikat IT yang bersesuaian yang mempunyai keperluan tenaga kerja.

CARA DAFTAR

Pendaftaran boleh dibuat secara online dipautan berikut:

Cara Mohon Program SiberKASA Latihan Kemahiran Keselamatan Siber PEMULIH. Elaun RM1,200 Sebulan Menanti Ada!

  • Klik pada Apply Now dan buat permohonan anda untuk ikuti Program SiberKASA PEMULIH.

Cara Mohon Program SiberKASA Latihan Kemahiran Keselamatan Siber PEMULIH. Elaun RM1,200 Sebulan Menanti Ada!

Baca juga: Terkesan Sepanjang Pandemik Covid-19? Cuba Mohon Bakul Prihatin Negara Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara mohon Program SiberKASA Latihan Kemahiran Keselamatan Siber PEMULIH sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...