Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Golongan Asnaf & Lepasan Tahfiz Lepasan SPM Ditawarkan Untuk Mohon Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf. Mohon Sekarang!

1,125

Anak-anak Asnaf dan lepasan Tahfiz kelahiran Terengganu lepasan SPM digalakkan untuk memohon Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf untuk kemasukan bulan Julai.

Terdapat pelbagai program ditawarkan kepada golongan anak asnaf dan lepasan tahfiz dan ditawarkan penajaan oleh Yayasan Sime Darby.

Dapatkan cara membuat permohonan yang dikongsikan disini dan mohon segera kerana tempat kursus yang disediakan adalah sangat terhad.

Baca juga: Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) 2021 Untuk Lepasan SPM/STPM/STAM. Dapatkan Surat Tawaran & Pinjaman Pelajaran MARA Disini

INFO RINGKAS PROGRAM TEKNIKAL KOMPETENSI BELIA ASNAF & TAHFIZ

  • Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf ini hanya terbuka untuk anak-anak asnaf dan lepasan Tahfiz negeri Terengganu sahaja.
  • Kekosongan sangat terhad serta dijamin dengan peluang pekerjaan.
  • Kursus ini dijalankan selama 4 bulan.
  • Kursus bertempat di TWI Shah Alam, Selangor

TAWARAN KURSUS YANG DISEDIAKAN

Antara kursus yang ditawarkan melalui Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf adalah seperti berikut:

  • Program Pengimpal: WQT 6G – CSWIP
  • Inspektor Kimpalan Visual: 3.0 Tahap 1
  • Pengenalan Pengujian Tanpa Musnah (NDT Appreciation)
  • Sijil OGSP & CIDB Green Card
  • Kelas Bahasa Inggeris

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM TEKNIKAL KOMPETENSI BELIA ASNAF & TAHFIZ

Antara syarat kelayakan untuk mengikuti Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 25 tahun ke bawah
  • Berdaftar sebagai Asnaf & Lepasan Tahfiz
  • Lulus SPM

KELEBIHAN & KEMUDAHAN

Antara kelebihan dan kemudahan yang bakal diperolehi oleh peserta adalah seperti berikut:

  • Hostel disediakan
  • Makan dan minum disediakan
  • Elaun bulanan selama 4 bulan
  • Tempoh kursus 16 minggu
  • Perlindungan insuran kemalangan
  • Persijilan antarabangsa: CSWIP-UK
  • Penempatan kerja selepas tamat kursus

DOKUMEN SOKONGAN

Sertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan anda:

  • Salinan kad pengenalan peserta
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga
  • Salinan sijil SPM
  • Surat akaun Pejabat Zakat
  • Salinan kelulusan pengajian terkini
  • Surat pengesahan gaji/pencen/pendapatan ibu/bapa
  • Bil elektrik/air
  • Salian sijil kematian/cerai (jika ada)

CARA MOHON

Klik sini untuk permohonan:

Golongan Asnaf & Lepasan Tahfiz Lepasan SPM Ditawarkan Untuk Mohon Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf. Mohon Sekarang!

  • Klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.

Golongan Asnaf & Lepasan Tahfiz Lepasan SPM Ditawarkan Untuk Mohon Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf. Mohon Sekarang!

Baca juga: Lepasan SPM Jom Sambung Belajar Di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) PERETAK.5 Kursus Ditawarkan Buat Anda

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf, sila hubungi:

  • En. Tengku Farhan: 012-370 3526
  • Pn. Jasmin: 03-7848 1000 (Ext: 4017)
  • [email protected]
  • www.training.com
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...