Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Program Tuisyen Rakyat Selangor, Ini Cara Daftar & Login ePTRS

2,403

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan jadual / takwim sistem pendidikan Malaysia berubah-ubah mengikut keadaan semasa sehingga segilintir ibu bapa risau pelajaran anak-anak terjejas sepanjang tempoh pandemik ini.

Namun, anda tidak perlu risau kerana kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan Program Tuisyen Rakyat Selangor untuk memastikan tiada anak-anak yang ketinggalan dalam pendidikan.

Baca juga: Skim Smart Sewa Selangor: Sewa 5 Tahun, Sambil Kumpul 30% Modal Beli Rumah Pertama

Bagaimanakah untuk membuat pendaftaran Program Tuisyen Rakyat Selangor pula?

INFO RINGKAS PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR

  • Program Tuisyen Rakyat ialah program khusus yang dijalankan bagi meningkatkan, memenuhi dan merealisasikan agenda bagi memastikan kebajikan rakyat, kualiti hidup rakyat, memantapkan ekonomi rakyat menyempurnakan definisi pendidikan kepada 5M (membaca, menulis, mengira, memikir dan mengamal) adalah antara fokus utama Kerajaan Negeri Selangor.

KONSEP PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR

Konsep bagi Program Tuisyen Rakyat Selangor ialah:

  • Bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan (tuisyen) kepada para pelajar yang memperolehi keputusan yang sederhana atau lemah.
  • Untuk pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan bawah RM2000.

KAEDAH PEMBELAJARAN

Kaedah pembelajaran Program Tuisyen Rakyat Selangor ialah:

  • Berbentuk video pembelajaran secara online

MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN DALAM PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR

Antara mata pelajaran yang ditawarkan dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor ialah:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Pengajian Am
  • MUET

Jumlah jam pembelajaran adalah selama 42 jam.

Program Tuisyen Rakyat Selangor, Ini Cara Daftar & Login ePTRS

CARA LOGIN ePTRS

Setiap pelajar di Negeri Selangor boleh login seperti berikut:

  • Klik pautan berikut: https://eptrs.my/welcome-learning
  • Masukkan KOD SEKOLAH untuk ID dan PASSWORD.
    Contoh : bea3084
  • Masukkan nama penuh sekolah. Contoh: Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama.

KELEBIHAN BAHAN DI ePTRS

Antara kelebihan yang boleh didapati:

  • Ada butang LIKE.
  • Ada butang KOMEN.
  • Boleh di download oleh GURU dan PELAJAR.
  • Boleh diulang tengok berulang kali.
  • Boleh mendapat SIJIL DIGITAL.
  • RATING SEKOLAH NAIK jika kerap di log masuk.
  • Ada butang KONGSI.
  • Download dalam format PDF MODUL PTRS.

Program Tuisyen Rakyat Selangor, Ini Cara Daftar & Login ePTRS

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai ePTRS / Program Tuisyen Rakyat Selangor dengan melayari laman web berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...