Cara Mohon Program Usahawan Pengedar Gas Domestik, Pejabat MARA Negeri Selangor

Usahawan-usahawan yang berminat untuk mencipta peluang perniagaan di dalam pengedaran gas domestik khususnya di daerah luar bandar boleh menyertai Program Usahawan Pengedar Gas Domestik yang dianjurkan oleh Pejabat MARA Negeri Selangor.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai Program Usahawan Pengedar Gas Domestik ini, dapatkan cara untuk membuat permohonan serta syarat seterusnya disini.

Baca juga: Program EmpowerNCER@Pulau Pinang Latihan Kemahiran & Keusahawan. Kembangkan Perniagaan Anda Disini

INFO RINGKAS PROGRAM USAHAWAN PENGEDAR GAS DOMESTIK

Berikut adalah info ringkas Program Usahawan Pengedar Gas Domestik yang dianjurkan oleh Pejabat MARA Negeri Selangor:

  • Tarikh: 27 Mei 2021
  • Masa: 9.30 pagi hingga 11.00 pagi
  • Kaedah Kursus: Aplikasi Zoom
  • Yuran: Percuma

TARIKH TUTUP PERMOHONAN KURSUS USAHAWAN PENGEDAR GAS DOMESTIK

Anda dinasihatkan untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup permohonan pada:

  • 21 Mei 2021

KEPERLUAN KURSUS USAHAWAN PENGEDAR GAS DOMESTIK

Seperti sedia maklum, kursus ini menggunakan Aplikasi Zoom atau secara online dan peserta perlu menyediakan keperluan kursus seperti berikut:

  • Talian internet/Data
  • Laptop/Smartphone

CARA MENDAFTAR KURSUS USAHAWAN PENGEDAR GAS DOMESTIK

Untuk membuat pendaftaran, sila klik pautan berikut:

Cara Mohon Program Usahawan Pengedar Gas Domestik, Pejabat MARA Negeri Selangor

  • Klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.

PEMILIHAN PESERTA

Pemilihan peserta untuk mengikuti Program Usahawan Pengedar Gas Domestik adalah seperti berikut:

  • Peserta akan ditemuduga oleh MARA Selangor.
  • Latihan akan diberikan pada yang terpilih.
  • Peluang mendapat pinjaman MARA bagi yang layak.

KATEGORI PENGEDAR GAS

Terdapat 2 kategori untuk pengedar gas seperti:

  • Pengedar Kecil: Modal RM10,000
  • Pengedar Sederhana: Modal RM30,000

Cara Mohon Program Usahawan Pengedar Gas Domestik, Pejabat MARA Negeri Selangor

MAKLUMAT LANJUT & PENYERTAAN

Untuk dapatkan maklumat seterusnya, sila hubungi Pejabat MARA Negeri Selangor di:

  • 03-5545 9200 Ext PUSMA
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.