Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Majikan Belum Carum Pekerja? Sertai Proud To Register PERKESO & Ini Caranya!

1,225

Majikan yang telah berdaftar dengan PERKESO tetapi belum membuat sebarang bayaran caruman dipelawa untuk mengikuti Kempen Proud To Register PERKESO.

Untuk pengetahuan anda juga, kempen ini telah memasuki siri yang kedua dan para majikan diajak untuk membuat caruman kepada pekerja masing-masing melalui Kempen Proud To Register PERKESO ini.

Ingin tahu cara daftar seterusnya membuat caruman kepada pekerja anda?

TARIKH KEMPEN PROUD TO REGISTER 2.0 PERKESO

Bagi majikan yang ingin menyertai Kempen Proud To Register PERKESO, anda boleh berbuat demikian mulai tarikh berikut:

  • 20 September 2021

Majikan juga digalakkan untuk membuat pendaftaran dan caruman dengan segera sebelum tarikh tutup pada:

  • 31 Disember 2021

Baca juga: Cara Buat Tuntutan Faedah PERKESO Bagi Pekerja Positif Covid-19

TUJUAN PROUD TO REGISTER 2.0 PERKESO

Menurut PERKESO, Kempen Proud To Register 2.0 adalah bertujuan untuk:

  • Meningkatkan kesedaran majiian untuk menjaga kebajikan pekerja. Ia juga memfokuskan kepada majikan yang telah berdaftar tetapi belum pernah membayar caruman dengan PERKESO.

Pastikan anda mendaftar perusahan dan mencarum untuk pekerja yang diambil bekerja dengan PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

CARA MOHON PROUD TO REGISTER 2.0 PERKESO

Untuk permohonan Proud To Register 2.0, anda perlu:

Majikan Belum Carum Pekerja? Sertai Proud To Register PERKESO & Ini Caranya!

  • Kemudian klik My Sites dan Pendaftaran.
  • Majikan masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Simpan dan Teruskan.
  • Kemudian masukkan pula maklumat pekerja anda dengan klik Tambah Pekerja Baru.
  • Buat carian nombor kad pengenalan pekerja di bahagian Search Existing Employee dan klik Search untuk mencari rekod pekerja di dalam sistem.
  • Jika tiada rekod pekerja, klik Pendaftaran Pekerja Baru dan lengkapkan maklumat seperti yang diperlukan.
  • Klik Simpan dan Teruskan sehingga selesai untuk menyimpan maklumat.
  • Jangan lupa untuk memuat naik dokumen sokongan seperti Borang 1 dan 2, Borang SIP 1 Dan 2, Salinan dokumen pendaftaran SSM dan klik Tambah Dokumen.
  • Akhir sekali, lengkapkan maklumat Confirmaton Employer/Employer’s Representative.
  • Klik Hantar dan klik pengesahan untuk mengesahkan maklumat.
  • Pendaftaran telah siap!
Nota: Dapatkan borang permohonan dengan memuat turun dari laman rasmi PERKESO dan emelkan ke [email protected]
Majikan Belum Carum Pekerja? Sertai Proud To Register PERKESO & Ini Caranya!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Kempen Proud To Register 2.0 PERKESO di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...