Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Rayuan, Gagal Kredit GKP 3.0 & GKP PEMERKASA+ Boleh Dibuat Secara Online Di Portal Rasmi GKP Hasil

2,040

Pemohon GKP 3.0 dan GKP PEMERKASA+  yang ingin membuat rayuan serta status gagal kredit sudah boleh membuat kemas kini maklumat akaun bank secara online di Portal Rasmi.

Rayuan dan kemas kini maklumat akaun bank GKP 3.0 dan GKP PEMERKASA+ boleh dilakukan mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021 ini.

Semak sini cara membuat rayuan dan kemas ini maklumat akaun bank secara online disini.

Baca juga: Yang Ditunggu Telah Diumumkan! Inilah Senarai Terkini Bantuan PEMULIH Buat Semua Rakyat

TARIKH MOHON RAYUAN & KEMAS KINI MAKLUMAT AKAUN BANK

Bagi pemohon GKP 3.0 dan GKP PEMERKASA+ yang ingin membuat rayuan dan kemas kini maklumat akaun bank bagi gagal kredit boleh berbuat demikian mulai:

  • 15 Julai 2021 hingga 31 Julai 2021

3 PERKARA PENTING KEMAS KINI AKAUN BANK

Pemohon perlu alert bahawa terdapat 3 perkara penting yang perlu anda kemas kini maklumat akaun bank anda iaitu:

  • Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan).
  • Berstatus aktif.
  • Berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon.
Nota: Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.

CARA MEMBUAT RAYUAN GKP 3.0 & PEMERKASA+

Untuk membuat rayuan GKP 3.0 dan GKP PEMERKASA+ apa yang anda perlu lakukan ialah:

  • Klik link: RAYUAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)
  • Klik LOG MASUK dan masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dan klik butang SEMAK.
  • Buat semakan status permohonan bagi permohonan yang telah didaftarkan.
  • Bagi permohonan yang berstatus tidak lulus berdasarkan alasan tidak lulus yang tertentu, butang permohonan rayuan akan dipaparkan untuk membuat rayuan GKP.
  • Klik butang PERMOHONAN RAYUAN.
  • Pilih jenis dokumen sokongan dan nama dokumen sokongan yang diperlukan untuk di upload dan klik butang UPLOAD.
  • Klik BERSETUJU pada ruang perakuan pemohon sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan
  • Klik HANTAR PERMOHONAN RAYUAN.
  • Lakukan semakan pada bahagian dokumen sokongan di paparan maklumat GKP setelah permohonan rayuan dihantar dan klik OK.

Baca juga: GKP 4.0 PEMULIH Dengan Bayaran Tambahan Sehingga RM1,000 Untuk Kelangsungan Perniagaan. Ini Cara Mohon

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN RAYUAN

GKP 3.0 & PEMERKASA+

Untuk membuat permohonan rayuan ini, sila lampirkan bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  • Dokumen pendaftaran SSM
  • Dokumen pendaftaran LHDNM dan bukti pembayaran cukai perniagaan LHDNM
  • Dokumen pendaftaran PBT
  • Borang isytihar cukai kepada LHDN
  • Senarai nama pekerja
  • Bukti dokumen caruman KWSP pada pekerja

Rayuan, Gagal Kredit GKP 3.0 & GKP PEMERKASA+ Boleh Dibuat Mulai Secara Online Di Portal Rasmi GKP Hasil

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai GKP 3.0 dan GKP PEMERKASA+ anda boleh layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...