Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[SPP] Rayuan Temuduga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 One-Off 2021

1,474

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan melalui Facebook rasmi telah mengumumkan bahawa pemohon Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 One-Off 2021 sudah boleh membuat permohonan rayuan temuduga.

Jika anda tidak dipanggil temuduga untuk Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 One-Off 2021 yang lalu, boleh embuat rayuan sebelum 21 November 2021.

Dapatkan syarat permohonan rayuan temuduga seperti perkongsian ini ya!

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN TEMUDUGA GURU ONE-OFF

Pemohon boleh membuat permohonan rayuan temuduga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 One-Off 2021 seperti tarikh berikut:

  • Tarikh Buka Permohonan: 18 November 2021
  • Tarikh Tutup Permohonan: 21 November 2021 (Jam 12 tengah hari)

Anda semua mempunyai masa sebanyak 4 hari sahaja untuk membuat permohonan rayuan temuduga guru one-off ini. Jangan terlambat!

Baca juga: Minat Sangat Nak Jadi Guru? Ikut 10 Tips Persediaan Temuduga SPP ini, Gerenti Lulus!

SYARAT PERMOHONAN RAYUAN TEMUDUGA

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan telah menetapkan beberapa syarat untuk permohonan rayuan temuduga seperti berikut:

  • Rayuan terbuka kepada calon dengan Ikhtisas Pendidikan sahaja.
  • Hanya calon yang pernah memohon bagi pengambilan khas ini sahaja yang akan dipertimbangkan untuk rayuan.
  • Opsyen calon akan ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan tertakluk kepada kekosongan sedia ada.
  • Permohonan rayuan tidak melayakkan calon untuk dipanggil temu duga secara automatik. Hanya calon yang melepasi tapisan rayuan sahaja akan dipanggil temuduga.
  • Sebarang rayuan tidak akan dilayan selepas tempoh ini dan keputusan adalah muktamad.

CARA MOHON RAYUAN TEMUDUGA GURU SPP ONE OFF

Permohonan adalah secara online sahaja melalui pautan berikut:

[SPP] Rayuan Temuduga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 One-Off 2021

Jika layak, teruskan membuat permohonan rayuan temuduga dengan mengisi maklumat yang diperlukan.

Baca juga: 4 Elemen Utama Ketika Perkenalkan Diri Semasa Temuduga SPP. Ini Caranya

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai rayuan temuduga Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 One-Off 2021 sila dapatkan di:

  • Facebook SPP
  • 03-8000 8000
  • Laman Rasmi SPP
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...