Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

4 Benda Ni Kalau Korang Buat, Confirm Tak Dapat Kerja Sampai Bila-Bila Pun!

164

Kadangkala mesti tertanya-tanya mengapa bila dah mohon macam-macam jenis kerja, tetap juga tidak dipanggil untuk bekerja!

Mesti fikir macam ni, ” Aku dah buat sehabis baik. Resume cantik, mohon kerja secara elok, jawab soalan pun dengan yakin, tetapi mengapa tak dapat juga kerja ni?”

Tapi, cuba check kalau anda ada buat salah satu daripada 4 benda ni semasa temuduga. Mana tahu, ia la punca anda tidak dipanggil kerja!

TANDA-TANDA PEKERJAAN ANDA TERLALU BERAT

Nak tahu tak apakah tanda-tanda pekerjaan anda terlalu berat untuk anda? Cuba check tanda-tanda yang dikongsikan ini. Kalau ada, memang berat sangat la tu.:

1. Selalu Makan Lambat

  • Banyak betul kerja sampai waktu makan pun tak pergi makan. Kadang-kadang lagi setengah jam nak masuk ofis baru dapat makan. Orang lain dah masuk ofis dan rehat dah!

2. Selalu Lupa

  • Hilang tumpuan dan fokus akibat kerja yang banyak dan rehat yang tidak cukup.
  • Benda dan hal kecil pun boleh terlupa contohnya kunci rumah, kunci kereta dan terlupa bawa dompet pun ye!

3. Sakit Kepala Berpanjangan

  • Tiba-tiba sakit kepala. Kalau tak migrain mungkin darah tinggi.
  • Ini semua kerana fikir macam-macam hal berkaitan dengan kerja yang dipertanggungjawabkan.
  • Kebetulan pula, rehat pun tak cukup sampai masa untuk tenangkan diri sendiri pun tak ada.

4. Masa Tak Cukup

  • Masa tak cukup ni untuk diri sendiri tau! Bukan untuk kerja.
  • Cuti yang ada pun tak terguna, cuti yang dah plan dibatalkan. Semuanya memikirkan kerja sahaja.
  • Apa salahnya, luangkan masa dengan keluarga tersayang, ambil cuti, melancong dan berehat.

JANGAN BUAT 4 PERKARA INI, MUNGKIN TAK DAPAT KERJA SAMPAI BILA-BILA

Kalau anda nak dapat kerja selepas temuduga, pastikan anda tak buat 4 perkara ini semasa temuduga nanti tau! Risau pulak nanti tak pasal-pasal satu kerja pun tak melekat dengan anda.

4 perkara yang anda dilarang buat semasa temuduga ialah:

1. Tak Hadir Temuduga

  • Tunggu dipangil temuduga, last-last tak pergi temuduga dan bila HR call anda tak jawab dan matikan panggilan telefon.
  • Silap-silap nama anda kena blacklist terus tau. Macam main-main je minta kerja!
  • Kalau ada masalah, boleh beritahu pada HR. Boleh je reschedule semula tarikh dan masa interview.

2. Terlalu Berahsia

  • Bagi anda mungkin info yang diperlukan itu tidak penting. Tetapi bagi HR ia sangat penting untuk memastikan anda adalah calon yang mereka mahukan selama ini.
  • Contohnya mengapa anda berhenti kerja, masalah kerja di tempat terdahulu dan sebagainya.
  • Berikan jawapan tetapi nyatakan bersama jalan penyelesaian masalah ya!
  • Buatnya HR call syarikat terdahulu dan dapat feedback yang buruk, itu lebih teruk!

3. Biadap

  • Soalan yang ditanya agak sensitif sampai hilang kesabaran dan anda pun menjawab dengan agak biadap.
  • Terang-terang anda mempunyai sifat tidak sabar dalam diri. Macam mana nak hadap karenah staf bawahan dan perangai boss nanti?
  • Ada caranya nak jawab soalan-soalan yang sensitif ni. Sebab sebagai majikam, mereka pun kena hormati pekerja yang lain juga tau!

4. Mohon Semua Jawatan

  • Ada 5 jawatan diiklankan dan anda rasa anda layak dapat salah satu jawatan tersebut.Kemudian anda mohon semua jawatan tersebut sedangkan ia di offer daripada syarikat yang sama.
  • Perbuatan anda ini membuatkan kemungkinan besar anda langsung tidak dipanggil bekerja nanti.
  • Pilih salah satu jawatan yang benar-benar sesuai dengan anda je. Jangan tamak, ok!

Kalau ada dah terbuat salah satu daripada 4 perkara ini, tolong ubah kalau nak dapat kerja.

Kemudian dapatkan tips-tips temuduga di sini:

Info ini sangat berguna untuk anda yang sedang mencari pekerjaan. Jadi, share dengan yang lain juga tau!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...