Cara Kembalikan Duit Refund Kepada Penjual Di Shopee. Ikut Tutorial Ini

Siapa yang tidak kenal dengan Shopee bukan? Boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia sudah pandai menggunakan platform Shopee untuk membuat pembelian secara online.

Namun, kadangkala barang yang telah sampai kepada penerima tidak seperti yang dimahukan atau yang telah dipesan. Sebagai pelanggan yang amanah dan tidak ingin menggunakan barang tersebut secara percuma dan ingin membayar semula wang kepada penjual, pastinya ingin tahu cara yang betul untuk kembalikan wang tersebut kepada penjual.

Jom dapatkan tutorial refund duit kepada penjual Shopee seperti yang akan dikongsikan disini.

Baca juga: Elaun Sehingga RM3,000 Sebulan Internship Di Shopee Melalui Shopee Apprentice Program

CONTOH SITUASI REFUND DI SHOPEE

Antara contoh situasi yang menyebabkan pembeli ingin mengembalikan duit refund kepada penjual Shopee adalah:

  • Barang yang telah dipesan belum diposkan oleh penjual melebihi tempoh yang ditetapkan.
  • Pelanggan membatalkan tempahan dan ingin mendapatkan kembali wang yang telah ditransfer kepada peniaga.
  • Beberapa hari kemudian, barang yang ditempah telah sampai sedangkan wang telah direfund oleh penjual.

CARA KEMBALIKAN DUIT REFUND KEPADA PENJUAL SHOPEE

Bagi anda yang ingin memgembalikan duit refund kepada penjual Shopee, sila ikuti tutorial yang dikongsikan ini:

  • Buka aplikasi Shopee.
  • Klik SHOPEEPAY.

Cara Kembalikan Duit Refund Kepada Penjual Di Shopee. Ikut Tutorial Ini

  • Seterusnya, klik TRANSFER dan taip nama penjual sama seperti yang terdapat pada akaun perniagaan mereka.
  • Masukkan jumlah wang yang ingin dikembalikan.
  • Resit pembayaran akan dihantar kepada penjual secara automatik.

Cara Kembalikan Duit Refund Kepada Penjual Di Shopee. Ikut Tutorial Ini

Dapatkan kepastian daripada peniaga terlebih dahulu sama ada mereka mahu menerima wang tersebut atau tidak.

Sekiranya mereka bersetuju, barulah anda kembailkan wang tersebut dengan menggunakan kaedah seperti yang dikongsikan tadi.

Mudah bukan?

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai cara mengembalikan duit refund kepada penjual Shopee, sila kemukakan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.