RISDA : RM600 Bantuan Musim Tengkujuh Buat Pekebun Kecil

Pekebun kecil di seluruh negara pastinya bersyukur dan menarik nafas lega kerana bakal menerima Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600 setiap seorang.

Seperti sedia maklum, bantuan ini merupakan satu bentuk bantuan khas untuk pekebun kecil yang terjejas pendapatan akibat kejatuhan harga getah dan akan menerima bantuan secara one – off payment iaitu sekali sahaja sebanyak RM600 setiap seorang oleh RISDA.

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh bagi tahun 2021?

JUMLAH BAYARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA

Jumlah bayaran untuk Bantuan Musim Tengkujuh RISDA kali ini ialah:

  • RM600 / one-off

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM600 RISDA

Anda boleh membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bermula tarikh berikut:

  • 15 September hingga 15 November 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM600 RISDA

Semak dahulu syarat kelayakan permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA dan syaratnya ialah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
  • Keluasan 0.1011 hektar hingga 2.5 hektar. Maksudnya, jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1011 hingga 2.5 hektar secara agregat.
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja.
  • Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

CARA MEMOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA

Untuk makluman, permohonan Bantuan Musim Tengkujuh ini perlu dipohon secara manual dan anda perlu lengkapkan borang Bantuan Musim Tengkujuh seperti di bawah.

Apa yang penting:

  • Buat temujanji terlebih dahulu (3 hari sebelum hadir ke Pejabat RISDA yang terdekat)
  • Hadir ke Pejabat RISDA pada tarikh yang ditetapkan.

Pemohon Pemilik Pengusaha perlu membawa bersama dokumen sokongan seperti:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) jika ada.
  • Geran asal tanah dan salinan.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

Pemohon Penoreh Bukan Pemilik pula membawa bersama dokumen sokongan seperti berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
  • Salinan geran lot yang ditoreh.
  • Salinan Kad PAT-G.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

RISDA : RM600 Bantuan Musim Tengkujuh Buat Pekebun Kecil

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM600 RISDA

Berikut ialah cara untuk membuat semakan kelayakan permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA :

RISDA : RM600 Bantuan Musim Tengkujuh Buat Pekebun Kecil

  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda.
  • Kemudian klik SUBMIT.
  • Paparan status permohonan akan keluar pada skrin anda.

Baca juga: Rumah IKRAM KPKT Dengan Kadar Sewa RM124 Sebulan Sahaja & Ini Syarat Permohonannya

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berhubung Bantuan Musim Tengkujuh RISDA, sila hubungi RISDA di :

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.