Sekolah Memandu Dah Buka 9 September Ini. Buat Temujanji Dahulu Sebelum Hadir Untuk Sebarang Urusan

Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengumumkan bahawa Institut Latihan Memandu (ILP) atau lebih dikenali sebagai Sekolah Memandu sudah boleh beroperasi mulai 9 September 2021 ini.

Namun, anda semua dinasihatkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu sebelum hadir ke Institut Latihan Memandu (ILP) untuk membuat urusan yang berkaitan.

Untuk info yang seterusnya anda boleh dapatkan melalui perkongsian ini dan diingatkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu ya!

Baca juga: Diskaun Kadar Kompaun Tempat Letak Kereta Sehingga 80% Selama Setahun Majlis Perbandaran Kuala Langat

TARIKH ILP BEROPERASI

Institut Latihan Memandu (ILP) boleh beroperasi mulai:

  • 9 September 2021

TARIKH UJI LESEN MEMANDU

Untuk pengetahuan anda juga, proses pengujian perolehan lesen memandu hanya akan akan bermula pada:

  • 17 September 2021
Nota: Ini bagi membolehkan institut memandu dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersedia sepenuhnya bagi mengelakkan isu-isu berbangkit yang boleh memberi kesan negatif kepada calon.

SYARAT UTAMA ILP BEROPERASI

Syarat utama kebenaran Institut Latihan Memandu (ILP) atau Sekolah Memandu beroperasi adalah:

  • Pekerja, tenaga pengajar dan calon perlu lengkap menerima vaksin COVID-19 dengan mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dan kad pengenalan.
  • Institut pula hanya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pekerja berdasarkan peratusan pekerja yang telah lengkap menerima vaksin.

PERATUSAN KAPASITI PEKERJA

Peratusan kapasiti pekerja yang dibenarkan untuk beroperasi adalah seperti berikut:

40% Lengkap Terima Vaksin

  • Institut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60% pekerja.

60% Lengkap Terima Vaksin

  • Institut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60% pekerja.

80% Lengkap Terima Vaksin Lengkap

  • Institut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100% pekerja.
Nota: Mana-mana kakitangan/calon yang bergejala, sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Pesakit Dalam Pemantauan (PUS) dan sedang menjalani perintah kuarantin tidak dibenarkan hadir ke ILP.

PROTOKOL KESIHATAN

Semua kakitangan dan calon perlu mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan melaksanakan norma baharu seperti:

  • Pemeriksaan suhu badan
  • Mengimbas MySejahtera
  • Mengamalkan penjarakan fizikal
  • Pemakaian pelitup muka
  • Menggunakan pensanitasi tangan

Sebarang ketidakpatuhan SOP ditetapkan boleh diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

Baca juga: Dapatkan Dahulu Harga Renew Lesen Memandu Terkini 2021 Sebelum Hadir Ke JPJ, Pejabat Pos & UTC

CARA BUAT TEMUJANJI

Untuk membuat temujanji hadir ke Institut Latihan Memandu (ILP) atau Sekolah Memandu, anda boleh menelefon ke ILP yang anda ingin berurusan satu atau seminggu lebih awal.

KENYATAAN MEDIA

No photo description available.

No photo description available.

Baca juga: Dah Boleh Berurusan Di Kaunter JPJ & PUSPAKOM Secara Walk In Mulai 6 September Tanpa JanjiTemu. Tapi Ini Syaratnya

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.