Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Dapatkan Dahulu Harga Renew Lesen Memandu Terkini 2021 Sebelum Hadir Ke JPJ, Pejabat Pos & UTC

5,526

Sampai sahaja di sekatan jalanraya (SJR), Polis meminta anda untuk menunjukkan lesen memandu. Tetapi tanpa sedar, lesen memandu anda telah tamat tempoh!

Tetapi berikutan pelaksanaan PKP, anda terpaksa menunda proses renew lesen dan diberi pelepasan untuk membuat pembaharuan lesen.

Berapa pula harga renew lesen memandu untuk tahun 2021? Semak sini dan jangan lupa untuk renew lesen memandu kerana anda sudah boleh hadir ke kuanter JPJ dan Pejabat pos secara walk in sahaja!

SYARAT UTAMA RENEW LESEN WALKIN DI JPJ & PEJABAT POS

Memang anda semua boleh walk in sahaja di JPJ dan Pejabat Pos untuk urusan renew lesen memandu, tetapi mestilah mengikut syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Lengkap 2 dos vaksinasi
  • Status risiko rendah di aplikasi MySejahtera

May be an image of text that says 'PEMBUKAAN KAUNTER JPJ DAN RAKAN STRATEGIK (PUSPAKOM) DI SELURUH NEGARA MULAI 6 SEPTEMBER 2021 BEROPERASI DENGAN KAPASITI 100% SECARA WALK-IN Pelanggan yang berurusan di kaunter JPJ mestilah mendapat vaksinasi lengkap sebagai langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai termasuk kakitangar bertugas. Pelawat juga perlu menunjukkan status Risiko Rendah COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera. Temujanji melalui dalam talian dihentikan bagi memberi sokongan kepada pelanggan yang menerima vaksinasi lengkap untuk berurusan di kaunter JPJ. Penggunaan perkhidmatan dalam talian mySIKAP JPJ, atau Pos Malaysia Berhad, MyEG dan PUSPAKOM adalah digalakkan bertujuan mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ. drweekasiong'

HARGA RENEW LESEN MEMANDU 2021

Sebelum hadir ke kaunter JPJ dan Pejabat Pos, anda boleh dapatkan senarai harga renew lesen memandu seperti berikut:

Harga Renew Lesen Memandu Kereta

TEMPOH RENEW (TAHUN) HARGA (RM)
1 tahun RM30
2 tahun RM60
3 tahun RM90
4 tahun RM120
5 tahun RM150

Harga Renew Lesen Memandu Motorsikal

TEMPOH RENEW (TAHUN) HARGA (RM)
1 tahun RM20
2 tahun RM40

Bagi harga renew lesen memandu untuk kategori pula, anda boleh rujuk pada infografik berikut:

DOKUMEN RENEW LESEN DI PEJABAT POS

Jika anda nak renew lesen di JPJ, Pejabat Pos dan di UTC, sila bawa dokumen berikut ya!

  • Kad pengenalan anda
  • Lesen memandu asal
  • Slip lesen bagi renew kali pertama

Rujuk: Cara Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos & Bawa Dokumen Ini Ya

Selain itu, anda juga boleh membuat urusan renew lesen memandu anda secara online di:

Renew Lesen Online Perlu Daftar Akaun MyEG Terlebih Dahulu

MyGOV - Public Service Delivery and Local Government | eService Delivery |  G2C | Online Vehicle Registration

Semoga perkongsian ini membantu anda! Jangan lupa, sediakan dokumen yang diperlukan dan ikuti SOP yang telah ditetapkan.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...