Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Selain Kurma, Ini 5 Jenis Buah Yang Membantu Anda Sihat Di Bulan Puasa

1,306

Berbuka Dengan Kurma

Menjadi satu kebiasaan bagi kita berbuka puasa dengan buah kurma atau dikenali dengan nama buah tamar di negara Arab.

Berbuka dengan buah kurma adalah satu sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Namun adakah anda tahu bahawa terdapat 5 jenis lagi buah yang sesuai dimakan untuk tambah tenaga di bulan puasa?

5 jenis buah ini juga ada disebut di dalam Al-Quran akan khasiat dan berkah dengan memakannya.

kurma

5 Jenis Buah

Lima jenis buah tersebut adalah:

1. Buah Tin

Buah tin merupakan salah satu buah yang disebutkan di dalam Al-Quran iaitu Surah At-Tin. Buah ini merupakan buah yang diturunkan dari syurga. Antara khasiat buah tin adalah membantu menurunkan darah tinggi, turun berat badan, mengelak masalah sembelit, melindungi wanita terutamanya daripada barah payudara dan menguatkan tulang.

Kandungan kalorinya sebanyak 74 kalori cukup untuk memulihkan tenaga anda selepas berbuka puasa.

buah tin

 

2. Buah Anggur

Rasanya yang segar dan manis boleh membantu menggantikan cecair dan gula yang hilang semasa berpuasa. Anggur juga termasuk jenis buah yang mudah dicerna kerana mengandungi banyak air dan mengandungi serat serta baik untuk dimakan sebelum makan hidangan utama ketika berbuka puasa. Ini akan mempersiapkan sistem pencernaan anda sebelum memproses jenis makanan yang lebih kompleks.

Buah anggur disebutkan dalam beberapa surah iaitu surah An-Nahl ayat 10-11,Al-Mu’min ayat 19, dan beberapa surah lainnya dalam Al-Quran.

anggurhitam

3. Buah Zaitun

Anda boleh mencuba berbuka puasa dengan buah zaitun atau makan makanan yang menggunakan minyak zaitun. Minyak zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu. Lemak tersebut tidak mempengaruhi peningkatan kadar kolesterol dalam darah, kaya dengan vitamin E dan bersifat antioksidan.

Malah ianya dikatakan sangat bagus untuk jantung selain daripada menghindar sakit strok, alergik dan melambatkan proses penuaan.

buah zaitun

4. Buah Delima

Buah ini berkhasiat untuk membersihkan perut anda kerana sifatnya yang masam. Anda digalakkan untuk memakan makanan atau buah-buahan lain terlebih dahulu sebelum memakan buah delima kerana dikhuatiri anda sakit perut.

Buah delima juga berkhasiat untuk merawat  demam , sakit kepala serta penglihatan dengan minum jusnya dua cawan sehari.

buah delima

5. Buah Pisang

Pisang memiliki dua kali karbohidrat dan lima kali kandungan vitamin A berbanding dengan buah epal. Pisang juga kaya dengan kandungan potassium dengan kadar potassium sebanyak 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana. Oleh itu, pisang wajib dimakan untuk menjaga kesihatan jantung anda.

Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh terutamanya selepas seharian berpuasa. Memakan dua biji pisang semasa berbuka dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti sseterusnya.

buah pisang

Jadi, untuk berbuka puasa nanti bolehlah anda hidangkan buah yang berlainan selain kurma. Pelbagaikan buah-buahan lain untuk menyegarkan kembali tubuh badan anda dengan pelbagai khasiat semulajadi.

Jom sihat dengan makan buah!

Sumber :

  • hellodocter
  • suria.my
  • family.com
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...