Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Umur Berapa Sesuai Untuk Anak Mula Belajar Berpuasa? Baca Ini

1,425

Tetap Umur Berpuasa

Tiada umur yang ditetapkan dalam melatih anak-anak berpuasa berbanding solat. Namun, ada sesetengah ulama berpendapat ibu bapa boleh melatih anak berpuasa mengikut cara didikan solat Nabi Muhammad SAW yang boleh dilakukan secara berperingkat.

Anak yang berusia empat tahun ke atas melalui peringkat melihat. Ini bermaksud si kecil akan belajar dengan melihat perlakuan orang dewasa terutama ibu bapa dan disebabkan itu, kita perlu menjaga perlakuan.

Bermula usia tujuh hingga sepuluh tahun, peringkat mendidik melalui mendengar untuk didoktrinkan. Maksudnya di sini, kita boleh menyuruh dan mengingatkan anak melaksanakan kewajipan agar ia menjadi satu amalan.

Terdapat beberapa cara untuk melatih anak kecil ini berpuasa dan antaranya ialah dengan memastikan cara pengambilan makanan mereka di bulan puasa supaya kesihatan anak-anak ini tetap terjaga.

Memastikan Cara Penyediaan Makanan

Untuk memastikan anak-anak kekal sihat dan cergas sepanjang mereka berlatih berpuasa, peranan  ibu disini adalah dengan memastikan keperluan makanan yang sihat perlu disediakan kepada mereka supaya ianya tidak memudaratkan kesihatan.

Antaranya ialah :

1. Makanan Yang Mengandungi Karbohidrat Dan Protein

Makanan yang berkabohidrat tinggi akan membantu kanak-kanak untuk tidak merasa lapar dengan cepat. Walaubagaimanapun, protein juga diperlukan oleh kanak-kanak untuk proses pertumbuhan mereka. Antara makanan yang berkabohidrat dan tinggi protein adalah seperti telur, keju, roti gandum dan sayur-sayuran.

karbonprotein

2. Jangan Makan Makanan Manis Ketika Bersahur

Makanan yang mengandungi gula boleh meningkatkan kadar gula dalam darah secara semulajadi. Ini boleh menyebabkan kelaparan dan keletihan dengan cepat kerana paras gula darah turun dengan mendadak.  Walau bagaimanapun,ketika berbuka puasa, anda boleh berikan anak-anak makan atau minum minuman yang manis seperti kurma dan jus buah-buahan untuk menambahkan semula tenaga mereka.

puasa1

3. Banyakkan Minum Air

Galakkan anak anda untuk minum air yang banyak  ketika waktu sahur dan berbuka puasa kerana ianya dapat menggantikan air didalam tubuh badan anak anda yang dehidrasi ketika  berpuasa.

airkosong

4. Jangan Minum Minuman Berkafien

Minuman berkafien seperti kopi, teh dan minuman bikarbonat tidak sesuai diminum terutamanya ketika bersahur kerana ianya akan menyebabkan anak anda mudah kehausan.

tehoaias

5. Kurangkan Makan Makanan Bergoreng

Makanan yang bergoreng sememangnya tidak begitu sesuai untuk kesihatan perut anak anda. Hal ini kerana perut anak kecil lebih sensitif berbanding orang dewasa dan boleh menyebabkan mereka sakit perut dan pening kepala. Jadi ibu boleh menukar dengan membuat sup ayam yang dicampur sayur, ayam panggang, sup nasi, singgang ikan dan pelbagai lagi menu sihat yang menjadi kegemaran mereka.

ayangoreng

Jadi anda tidak perlu memaksa anak anda untuk berpuasa kerana belajar berpuasa memerlukan ketahanan dan kemampuan anak-anak itu sendiri.

Anda boleh menggunakan tips di atas untuk melatih anak anda berpuasa secara sihat.

Sumber :

  • islampos.com
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  • Berita Harian
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...