Pastinya pemohon bagi permohonan pengeluaran iSinar Kategori 2 tertanya-tanya bilakah tarikh tepat untuk membuat semakan permohonan mereka.
Terkini, pihak KWSP menyatakan bahawa anda boleh membuat semakan mulai 8 Februari 2021 melalui Portal iSinar pada bahagian Semakan Status.
Pastinya sedia maklum bahawa masing-masing menerima wang interim RM1,000 dan bagi pemohon Kategori 1 iSinar boleh membuat semakan tarikh bayaran seterusnya melalui iAkaun.
Rujuk: ISinar: Tarikh Jangkaan Pembayaran Duit iSinar Bulan Februari. Semak Disini
TARIKH SEMAKAN STATUS iSINAR KATEGORI 2
Isi Kandungan
Tarikh untuk membuat semakan status iSinar Kategori 2 ialah:
- Bermula 8 Februari 2021
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS iSINAR KATEGORI 2
Untuk membuat semakan status permohonan, anda boleh membuat semakan di Portal iSinar seperti berikut:
- Klik pautan ini: https://isinar.kwsp.gov.my/check-status
- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN, NOMBOR TELEFON dan tandakan √ pada kotak SAYA BUKAN ROBOT.
- Akhir sekali klik SEMAK STATUS.
- Status permohonan anda akan dipaparkan.
MUAT NAIK DOKUMEN SOKONGAN
Bagi anda yang belum memuat naik dokumen sokongan, sila berbuat demikian sebelum 30 Jun 2021 ini agar proses permohonan anda berjalan dengan lancar.
Pastikan anda muat naik dokumen anda dengan betul agar tidak perlu diupload semula.
Rujuk: Semak Semula 3 Sebab Dokumen Sokongan Permohonan iSinar Kategori 2 Perlu Di Upload Semula
INFO LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai pembayaran wang iSinar KWSP, sila hubungi pihak KWSP di:
- Telefon: 03-8922 6000
- Laman web: https://www.kwsp.gov.my/
- ELYA LIVE CHAT
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.