Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Senarai Harga Baru Roti Gardenia 2020. Semak Harga Terkini Disini

2,869

Siapa di sini suka makan roti Gardenia, beli banyak dan simpan untuk stok simpanan? Untuk pengetahuan anda, beberapa produk roti keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. akan mengalami perubahan harga mulai 1 Disember 2020. Dapatkan senarai harga baru roti Gardenia tahun 2020 mengikut jenis yang akan dikongsikan sebentar lagi.

Kenaikan harga ini adalah disebabkan kerana GBKL telah mengalami kenaikan kos luar biasa dari segi pembuatan dan bahan mentah yang berada di luar kawalan syarikat.

Namun, hanya kenaikan harga tersebut adalah pada produk-produk Gardenia yang terpilih sahaja. Harga bagi produk yang lain akan dikekalkan kerana GBKL akan terus menyerap kenaikan kos produk tersebut.

HARGA BAHAN-BAHAN YANG NAIK

Antara harga bahan-bahan yang naik dan menyebabkan kenaikan harga produk Gardenia ialah:

  • Lemak sayur
  • Serbuk koko
  • Susu
  • Bungkusan dan lain-lain

Syarikat tersebut memaklumkan sudah mengalami kenaikan kos bahan dan penghasilan yang melangkaui kawalan sehingga menyebabkan syarikat tiada pilihan kecuali menaikkan harga.

Fokus GBKL ialah untuk mengoptimumkan produktiviti dan keberkesanan bakeri. Kenaikan harga produk ialah pilihan terakhir setelah semua usaha memaksimumkan keberkesanan operasi sudah diambil.

Senarai Harga Baru Roti Gardenia 2020. Semak Harga Terkini Disini

SENARAI HARGA BARU ROTI GARDENIA 2020

Berikut adalah senarai harga baru roti Gardenia 2020 yang telah dikeluarkan oleh GBKL:

1. Kenaikan harga bagi setiap produk adalah sebanyak RM0.05 

PRODUK HARGA ASAL HARGA TERKINI
Gardenia Squiggles RM1.05 RM1.10
Funky Strawberry RM1.05 RM1.10
Choco Malto RM1.05 RM1.10
Gardenia Delicia Soft Roll RM1.05 RM1.10
Butter Toffee RM1.05 RM1.10
Sambal Bilis RM1.05 RM1.10
Gardenia Fluffy Red Beans RM1.05 RM1.10

2. Kenaikan harga bagi setiap produk adalah sebanyak RM0.20 

PRODUK HARGA ASAL HARGA TERKINI
The Gardenia Toast’em RM4.50 RM4.70
Delicia Butter Raisin RM4.50 RM4.70
Delicia Butterscotch RM4.50 RM4.70
Delicia Choco Raisin RM4.50 RM4.70
Raspberry Milk & Cranberries Bread RM4.50 RM4.70

Senarai Harga Baru Roti Gardenia 2020. Semak Harga Terkini Disini

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...