Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Senarai Lengkap Klinik Untuk Buat Ujian Saringan Covid-19

1,776

Sekiranya anda ada pulang dari luar negara atau out station ke negeri yang diisytiharkan zon merah, mungkin anda mempunyai sedikit rasa was-was dan risau sekiranya dijangkiti Covid-19. Secara tidak langsung juga anda tidak ingin ahli keluarga turut dijangkiti virus tersebut.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan? Perlu buat ujian saringan ke? Jika anda seorang yang bertanggungjawab, pastinya anda ingin lakukan yang terbaik dan tidak ingin ahli keluarga anda turut menjadi mangsa.

Seterusnya, anda boleh dapatkan senarai lengkap klinik yang menyediakan Ujian Saringan Covid-19 beserta senarai harga dan prosedur ujian Covid-19.

SENARAI LENGKAP KLINIK UJIAN SARINGAN COVID-19

Selain daripada Hospital Kerajaan yang menyediakan Ujian Saringan Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah bekerjasama dengan pihak Klinik dan Hospital Swasta untuk membuat Ujian Saringan ini.

Dapatkan senarai fasiliti kesihatan tersebut disini:

Senarai Klinik Perubatan Swasta Yang Telah Mendapat Kelulusan Menyediakan Health Screening Booth

Senarai Klinik Perubatan Swasta Yang Telah Mendapat Kelulusan Menjalankan Screening & Triaging Bagi COVID-19

Senarai Hospital Swasta Yang Telah Mendapat Kelulusan Menjalankan Screening & Triaging Bagi COVID-19

Senarai Pusat Jagaan Ambulatori Swasta Yang Telah Mendapat Kelulusan Menjalankan Screening & Triaging Bagi COVID-19

Senarai Lengkap Klinik Untuk Buat Ujian Saringan Covid-19

3 GOLONGAN PERLU MENJALANI UJIAN SARINGAN COVID-19

3 golongan ini perlu menjalani Ujian Saringan Covid-19 seperti yang ditetapkan oleh KKM iaitu:

  • Individu dalam siasatan (PUI)
  • Individu baru pulang dari luar negara
  • Kontak rapat yeng terdedah dengan individu positif Covid-19

Kontak rapat adalah:

  • Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes positif COVID-19 TANPA memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap.
  • Individu yang duduk berdekatan (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 misalnya di pejabat atau di dalam kelas.
  • Individu mengembara bersama dan duduk berdekatan (kurang 1 meter) dengan kes positif COVID-19 sepanjang tempoh perjalanan.

HARGA UJIAN SARINGAN COVID-19 KLINIK / HOSPITAL KERAJAAN

Harga bagi Ujian Saringan Covid-19 yang telah ditetapkan ialah:

1. Tindak Balas Berantai Polimerase (Rt-PCR)

  • Warganegara : RM150
  • Bukan Warganegara : RM250

2. Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen

  • Warganegara : RM60
  • Bukan Warganegara : RM120

3. Kit Ujian Pantas (RTK) Antibodi

  • Warganegara : RM30
  • Bukan Warganegara : RM60

Namun, jika anda tersenarai seperti senarai berikut, anda boleh dapatkan Ujian Saringan Covid-19 secara percuma sahaja:

  • Penjawat awam yang menjalankan tugas rasmi di dalam dan luar negara.
  • Warganegara dan bukan warganegara yang disyaki positif COVID-19.
  • Warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19.
  • Penduduk di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
  • Individu di bawah survelan bagi penyakit seperti influenza like illness (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk/Severe Acute Respiratory Illness (SARI).
  • Pengembara dari luar negara yang mendapat pengecualian bayaran ujian pengesanan COVID-19.

PROSEDUR UJIAN SARINGAN COVID-19

Mungkin ada yang takut dan rasa ngeri bila diingatkan prosedur Ujian Saringan Covid-19. Tetapi jangan risau, anda boleh lihat prosedur Ujian Saringan Covid-19 seperti yang dikongsikan ini:

  • Petugas akan meminta anda mendonggakkan kepala dan sebatang putik kapas halus yang panjang akan dimasukkan menerusi rongga hidung anda.
  • Sewaktu ini, anda mungkin rasa tidak selesa, ingin terbersin atau berair mata.
  • Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit jika anda memberi kerjasama yang amat baik.
  • Selepas jalani saringan kesihatan dan ujian swab, anda akan dipakaikan gelang pengawasan.
  • Kemudian anda perlu kuarantin wajib di kediaman sendiri / hotel selama 14 hari.
  • Semasa di kediaman sendiri / hotel sepanjang kuarantin, anda perlu memantau kesihatan kendiri menggunakan Home Assessment Tool (HAT).
  • Sekiranya bergejala hubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk rawatan lanjut.

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sila hubungi Bilik Gerakan KKM untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai klinik, harga dan prosedur Ujian Saringan Covid-19 di:

  • Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
  • Whatsapp : +60178429454
  • Emel: [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...