Shopee PayLater, Beli Dulu Bayar Kemudian Secara Ansuran Bulanan. Macam Mana Nak Buat? Ini Caranya

Pembeli tegar di platform Shopee pastinya gembira dengan perkongsian ini kerana anda boleh membeli apa sahaja yang diinginkan mengikut limit yang ditetapkan.

Malahan anda juga boleh membuat bayaran secara ansuran bulanan sekiranya pembelian anda telah mencapai limit yang anda tetapkan setiap bulan.

Bagaimana untuk tetapkan limit belian bulanan di Shopee Paylater ini? Teruskan membaca perkongsian ini untuk dapatkan tutorial menetapkan limit belian Shopee Paylater anda.

APA ITU SHOPEE PAYLATER?

SPayLater ialah sistem bayaran ansuran untuk pembeli2 yang layak. Pembeli yang layak boleh memilih bayaran ansuran selama 2, 3 atau 6 bulan.

Yuran servis (service fee) dikenakan sebanyak 1.25% sebulan. Di samping itu, caj lewat sebanyak 1.5% sebulan dikenakan sebagai denda bayaran ansuran lewat.

Shopee telah melantik syarikat SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd (SeaMoney) untuk menjalankan operasi pembayaran ansuran Shopee.

Baca juga: Elaun Sehingga RM2,000 Jika Sertai Protege Ready To Work (RTW) IRIS. Semak Cara Mohon Disini

SIAPA LAYAK GUNA SHOPEE PAYLATER?

Siapa yang layak guna Shopee PayLater?

  • Rakyat Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai MyKad yang sah

KAEDAH PENGGUNAAN SHOPEE PAYLATER

Kaedah penggunaan Shopee PayLater adalah seperti berikut:

  • Pembeli (buyer) beli barang yang ditawarkan penjual (seller) seperti biasa di Shopee dan memilih untuk bayaran ansuran.
  • SeaMoney akan membeli dan penjual akan menjual dan/atau menyerahkan semua jumlah tertunggak di bawah Perjanjian Pembelian (purchase agreement) kepada SeaMoney, dan penjual akan menerima jumlah tertunggak di bawah Perjanjian Pembelian tersebut.
  • Pembeli akan membayar secara ansuran kepada SeaMoney.

CAJ PEMBAYARAN

Caj pembayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:

LANGKAH-LANGKAH AKTIFKAN SHOPEE PAYLATER

Cara untuk aktifkan Shopee PayLater anda adalah seperti berikut:

  • Masuk ke Shopee
  • Klik Me pada bahagian bawah
  • Klik SPay Later
  • Aktifkan di Activate Now

Shopee PayLater, Beli Dulu Bayar Kemudian Secara Ansuran Bulanan. Macam Mana Nak Buat? Ini Caranya

  • Sahkan nombor OTP yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda.
  • Muatnaik gambar kad pengenalan anda dan isi maklumat seperti yang diperlukan.

Suka shopping di Shopee? Tahu tak anda boleh bayar barang anda secara ansuran bulanan melalui Shopee PayLater?

  • Buat pengesahan wajah dan klik Start Facial Verification
  • Setelah selesai semua proses, Shopee PayLater anda telah berjaya di aktifkan.

Suka shopping di Shopee? Tahu tak anda boleh bayar barang anda secara ansuran bulanan melalui Shopee PayLater?

JADUAL PEMBAYARAN

Sekiranya anda telah mengaktikan Shopee PayLater, jadual pembayaran adalah seperti berikut:

CARA BUAT BAYARAN MELALUI SPAYLATER

Untuk membuat bayaran pembelian anda melalui SPayLater adalah seperti berikut:

Shopee PayLater, Beli Dulu Bayar Kemudian Secara Ansuran Bulanan. Macam Mana Nak Buat? Ini Caranya

Shopee PayLater, Beli Dulu Bayar Kemudian Secara Ansuran Bulanan. Macam Mana Nak Buat? Ini Caranya

CARA MEMBUAT BAYARAN ANSURAN SHOPEE PAYLATER

Untuk membuat bayaran Shopee Paylater pula semak langkah-langkah yang dikongsikan:

Shopee PayLater, Beli Dulu Bayar Kemudian Secara Ansuran Bulanan. Macam Mana Nak Buat? Ini Caranya

Dah check akaun Shopee anda? Kalau rasa nak buat pembelian dan boleh bayar ansuran bulanan secara konsisten, boleh aktifkan Shopee PayLater anda ya!

Baca juga: Usahawan Belia Dipelawa Untuk Mohon BSN Mikro PEMERKASA Belia. Pembiayaan sehingga RM50,000 Jika Layak

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.