Cara Mohon Skim Bantuan Deposit Rumah RM10,000 (HDAS) Negeri Sarawak

Mulai Tahun 2022, rakyat negeri Sarawak boleh membeli rumah mampu milik masing-masing kerana Kerajaan Negeri Sarawak akan memperkenalkan Skim Bantuan Deposit Rumah (HDAS).

Jadi, ia bukan satu alasan lagi kepada rakyat Negeri Sarawak untuk memiliki rumah sendiri yang selesa kerana Skim Bantuan Deposit Rumah (HDAS) sangat membantu golongan yang berpendapatan rendah di Sarawak.

Dapatkan cara membuat permohonan Skim Bantuan Deposit Rumah (HDAS) Negeri Sarawak disini ya!

JUMLAH SKIM BANTUAN DEPOSIT RUMAH (HDAS)

Kerajaan negeri akan membayar deposit sebenayak:

  • RM10,000 untuk pembelian rumah mampu milik.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemilikan rumah pertama bagi golongan B40 dan M40
  2. Rakyat Sarawak yang berstatus penduduk tetap Sarawak
  3. Membina rumah di atas tanah sendiri melalui Program Skim Pembesaran Kampung (SPK)/Skim Penempatan Semula (SPS)

CARA MOHON SKIM BANTUAN DEPOSIT RUMAH (HDAS)

Jika anda berminat, sila buat permohonan melalui:

  • Pemaju perumahan yang disenaraikan atau skim yang diluluskan oleh MUTIARA bagi pemilik tanah diperuntukkan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS)

Sertakan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Dokumen peribadi seperti kad pengenalan dan yang berkaitan
  • Surat Kelulusan daripada MLGH/HDC/Jabatan Tanah & Survei
  • Salinan Perjanjian Jual Beli/Slip Pengesahan Jualan bertarikh selepas 12 Oktober 2021
  • Pengesahan reka bentuk dan harga untuk Program Rumah Spektra Mutiara oleh panel kontraktor yang dilantik.

Hantar borang yang telah lengkap diisi ke alamat berikut:

Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd,
Tingkat Bawah Sayap Kiri,
Wisma Sultan Tengah,
Taman Sukma, Jalan Sukma Petra Jaya,
93050 Kuching, Sarawak

 

Atau mohon melalui pautan berikut:

Cara Mohon Skim Bantuan Deposit Rumah RM10,000 (HDAS) Negeri Sarawak

Nak beli rumah? Klik pautan ini untuk dapatkan maklumat mengenai pembiayaan perumahan yang ditawarkan kepada anda:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Bantuan Deposit Rumah (HDAS) Negeri Sarawak anda boleh hubungi Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd ditalian berikut:

  • 082-313035
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.