Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ingat, Bisnes Online Pun Kena Tunaikan Zakat Perniagaan Tau! Ini Syarat Wajib Untuk Pembayaran Zakat Perniagaan

1,157

Sebagai umat Islam, anda wajib menunaikan zakat sekiranya cukup haul atau syarat-syarat wajib yang telah ditetapkan.

Ini termasuklah anda yang menjalankan perniagaan secara online! Orang tengok banyak tak banyak, tapi jumlah pendapatannya anda sahaja yang tahu. Kalau dah tahu tu, jangan lupa untuk buat kira-kira dan tunaikan zakat perniagaan anda tu.

Kalau anda semua masih belum faham cara bayar dan sebagainya yang berkaitan dengan cara membayar serta syarat-syarat wajib untuk membuat pembayaran, anda boleh je semak disini ye!

JENIS-JENIS PERNIAGAAN

Menurut Zakat Selangor, terdapat beberapa jenis perniagaan yang wajib menunaikan zakat perniagaan sekiranya mencukupi syarat wajib seperti yang ditetapkan pusat zakat.

Perniagaan-perniagaan tersebut ialah:

  • Sendirian Berhad
  • Berhad
  • Koperasi
  • Online
  • Penjaja
  • Stokis/Ejen

SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN

Apa pula syarat wajib zakat perniagaan yang menyebabkan peniaga online wajib membayar zakat perniagaan pada setiap tahun?

Baca disini:

1. Muslim

  • Jika perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara Muslim dengan bukan Muslim, hanya bahagian pemilikan dan kepentingan orang islam sahaja yang dikenakan zakat.

2. Sempurna Milik

  • Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus (penggunaan tanpa batas) iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.

3. Cukup Nisab

  • Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85 gram emas semasa.

4. Cukup Haul

  • Genap setahun perniagaan. Penentuan sama ada wajib zakat atau tidak adalah dengan melihat kepada seluruh harta perniagaan di akhir haul yang mesti mencapai atau melebihi nisab.

5. Niat Berniaga

  • Jika seseorang yang menternak kambing dan lembu dengan niat sebagai aset perniagaan atau menjadi komoditi perniagaan atau misalnya sebagai sumber penghasilan seperti lembu tenusu maka ia dikira sebagai zakat perniagaan bukannya zakat ternakan.

6. Barang Perniagaan dan Perkhidmatan yang Halal

  • Perniagaan yang halal sahaja yang diwajibkan berzakat. Semua bentuk perniagaan yang haram, sama ada dari segi zatnya seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan perjudian dan riba adalah tidak diwajibkan zakat.

HIKMAH MEMBAYAR ZAKAT

Apakah hikmah membayar zakat?

  • Amalan berzakat boleh membiasakan diri pengeluarannya supaya bersifat pemurah dan suka mengerjakan ibadah qurban. Amalan itu juga boleh membuang sifat kedekut dan unsur-unsur bakhil.
  • Hakikat ini dapat dirasai oleh pengeluar zakat dan dia juga menyedari bahawa zakat itu lebih ketara kepada penambahan harta daripada menguranginya.

TUNAI ZAKAT, CUKAI DIKURANGKAN

Rebat secara umumnya bermakna, jumlah cukai yang dapat dikurangkan dengan pembayaran zakat. Semakin banyak berzakat, semakin sedikit cukai dibayar.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengumumkan bahawa:

  • Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis.
  • Rebat akan diberikan oleh LHDN berdasarkan tarikh resit zakat yang dibayar di dalam tahun taksiran cukai pendapatan (tahun semasa).

Untuk kiraan zakat perniagaan dan zakat pendapatan, sila rujuk pada pautan berikut:

Kalau anda berniaga secara online, pastinya anda melanggan internet secara bulanan kan? Kalau begitu, anda layak untuk mendapatkan pengecualian cukai pendapatan untuk mereka yang melanggan internet melalui Kategori Gaya Hidup. Tak percaya? Rujuk disini:

Ingat, Bisnes Online Pun Kena Tunaikan Zakat Perniagaan Tau! Ini Syarat Wajib Untuk Keluarkan Zakat Online

Hari ini hari terakhir untuk anda tunaikan zakat ya! Jangan lupa buat pecutan terakhir untuk tunaikan zakat pandapatan serta cukai pendapatan bagi Tahun 2021.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...