RM200 Sebulan. Ini Cara Mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak HDC Bagi B40

Wang tak cukup untuk menyewa rumah?

Jangan risau kerana Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak telah membuka permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman (SRAS) kepada mereka yang menyewa disekitar bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Macam mana pula nak mohon dan betul ke bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM200? Semak sini cara untuk memohon dan jumlah kadar bantuan yang akan diberikan.

Baca juga: 6 Jenis Bantuan Kerajaan Yang Ditambah Baik Semasa Lockdown Sangat Membantu Rakyat. Anda Dah Mohon?

INFO RINGKAS SKIM BANTUAN SEWA KEDIAMAN (HDC) SARAWAK

Skim Bantuan Sewa Kediaman (SRAS) dijangka dapat memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 isi rumah yang layak terutama golongan berpendapatan rendah dan terkesan disebabkan pandemik Covid-19.

JUMLAH KADAR BANTUAN SKIM BANTUAN SEWA KEDIAMAN (HDC) SARAWAK

Jumlah kadar bantuan Skim Bantuan Sewa Kediaman (SRAS) adalah seperti berikut:

  • RM200 sebulan 

TEMPOH BANTUAN

Tempoh bantuan yang akan diterima oleh mereka yang layak ialah:

  • Selama 36 bulan atau maksimum 3 tahun

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan adalah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemaustatin tetap di Sarawak
  3. Memiliki Mykad dengan status K
  4. Berumur 21 tahun ke atas
  5. Penerima bantuan e-Kasih atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,131 sebulan
  6. Berkahwin
  7. Bapa/ibu tunggal dan skeurang-kuangnya mempunyai 1 orang anak tinggal bersamanya
  8. Keutamaan akan diberikan kepada golongan OKU
  9. Sedang menyewa dan premis/rumah yang disewa bukan milik ahli keluarga terdekat.

DOKUMAN SOKONGAN

Lengkapkan permohonan anda dengan sertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  • Bukti sebagai penerima eKasih.
  • Salinan sijil kahwin/sijil cerai.
  • Salinan Kad Pengenalan (pemohon & pasangan).
  • Salinan sijil lahir/MyKid/MyKad anak yang berada dibawah tanggungan & tinggal Bersama pemohon.
  • Penyata gaji yang menunjukkan pendapatan kasar bulanan ketua isi rumah/ pasangan.
  • Salinan kad OKU bagi pemohon OKU.
  • Perjanjian sewa yang ditandatangani & dimatikan stem hasil.
  • Persetujuan tuan punya premis untuk penyewa menyertai skim bantuan sewa ini.
  • Gambar premis yang disewa.

CARA MOHON

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan:

  • Muat turun borang permohonan di pautan: https://hdc.sarawak.gov.my/upload/file_folder/Borang2/BorangPermohonanSRASbyHDC.pdf.
  • Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  • Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Setelah selesai, hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut:

Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC),
Wisma Sultan Tengah, Jalan Sukma,
Petrajaya, P.O Box 1504,
93050 Kuching, Sarawak, Malaysia

RM200 Sebulan. Ini Cara Mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak HDC Bagi B40

Baca juga: Moratorium Automatik Tanpa Syarat Untuk Semua Golongan & PKS Terjejas

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan sila hubungi bu Pejabat HDC Kuching ditalian berikut:

  • 082-444381/082443681
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.