30 Senarai Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP. Apa Bantuan Yang Boleh Anda Pohon? Semak Disini

Tahukah anda bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai MAIWP menyediakan 30 jenis Skim Bantuan Zakat Baitulmal kepada anda yang layak memerlukannya?

Anda boleh semak dan ketahui syarat bantuan yang telah ditetapkan oleh MAIWP agar proses permohonan anda berjalan dengan lancar.

Untuk pengetahuan anda juga, setiap permohonan bantuan di MAIWP adalah secara online agar ianya lebih memudahkan segala urusan sepanjang pandemik Covid-19 ini.

30 SENARAI SKIM BANTUAN ZAKAT

Skim Bantuan Zakat MAIWP akan dibahagikan mengikut kategori seperti berikut:

1. Pembangunan Asnaf

  • Bantuan Kewangan Bulanan
  • Bantuan Aidilfitri
  • Bantuan Khairat Asnaf
  • Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
  • Bantuan Perubatan (Hemodialisis, Peralatan Kesihatan,AM dan Khas kanak-kanak OKU)
  • Bantuan Guaman Syarie
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Kecemasan
  • Bantuan Musibah
  • Bantuan Tambang Dan Keperluan Diri

2. Perlindungan

  • Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan
  • Bantuan Membina / Membaiki Rumah
  • Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah

3. Ekonomi

  • Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan
  • Bantuan Pertanian / Perikanan / Penternakan
  • Bantuan Motosikal Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
  • Bantuan Deposit Kenderaan Perniagaan

4. Pendidikan

  • Bantuan Am Persekolahan & Persediaan Sekolah Berasrama
  • Bantuan Pakaian dan Peralatan Persekolahan
  • Bantuan Tuisyen
  • Bantuan Am Pelajaran IPT / Bantuan Persediaan IPT
  • Bantuan Pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)
  • Bantuan Pelajaran Kolej Universiti Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PIUC)
  • Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
  • Bantuan Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang

5. Pembangunan Ummah

  • Bantuan Aktiviti Dakwah & Kebajikan
  • Bantuan Institusi Tahfiz dan Rumah Perlindungan

SYARAT UMUM PERMOHONAN

Syarat umum permohonan yang telah ditetapkan oleh MAIWP pula adalah seperti berikut:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran untuk menerima Skim Bantuan Zakat MAIWP adalah seperti berikut:

  1. Fakir
  2. Miskin
  3. Amil
  4. Muallaf
  5. Al-Riqab
  6. Al-Gharimin
  7. Fisabilillah
  8. Ibnu Sabil

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, anda boleh memuat turun borang permohonan seperti berikut:

1. Borang Bantuan Umum

2. Senarai Semak

Pembangunan Asnaf

Perlindungan

Ekonomi

Pendidikan

Pembangunan Ummah

  • Skim bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan dan Institusi Pendidikan
  • Skim bantuan Institusi Tahfiz

Nota: Diwajibkan muat turun untuk borang di No. 1 dan pilih mana-mana senarai semak yang berkaitan di No. 2.

Baca juga: Bantuan Kecemasan Zakat Khas MAIWP RM500 Seorang One Off Secara Berperingkat Mulai 15 Jun 2021

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seorang pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.

Malahan Pemohon boleh memohon lebih daripada satu bantuan setelah pihak Baitulmal MAIWP mengenalpasti kelayakan pemohon.

30 Senarai Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP. Apa Bantuan Yang Boleh Anda Pohon? Semak Disini

baca juga: Permohonan Rayuan BPR 2021 Dibuka Mulai 15 Jun 2021 & Ini Cara Membuat Rayuan Yang Anda Perlu Tahu

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai Skim Bantuan Zakat MAIWP,boleh hubungi talian Hotline MAIWP seperti berikut:

  • Kuala Lumpur: 012-518 3614 / 012- 512 7614
  • Putrajaya: 011-5949 6216 / 011-6303 8443
  • Labuan: 013-8516066

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.