Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara RM500 Hingga RM1,000 MAIJ. Permohonan Secara Online
Pelajar kelahiran negeri Johor boleh membuat permohonan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara yang dibuka permohonan oleh Majlis Agama Islam Johor.
Permohonan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara telah dibuka pada 1 Jun sehingga 30 Jun 2021 dan permohonan adalah secara online sahaja.
Semak syarat kelayakan disini dan permohonan dengan segera.
Baca juga: Cara Mohon RM300 Setiap Seorang Untuk Pelajar IPT Kedah i-BAKIPT Bagi Sesi Pengajian Tahun 2021.
TARIKH PERMOHONAN
Isi Kandungan
Tarikh permohonan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara telah dibuka mulai:
- 1 Jun 2021 hingga 15 Julai 2021
KADAR BANTUAN SKIM BANTUAN ZAKAT PENDAFTARAN IPT DALAM NEGARA
Kadar Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara adalah mengikut kategori seperti berikut:
- Diploma (semester pertama): RM500.00
- Ijazah Sarjana Muda (semester pertama): RM1,000.00
KATEGORI PERINGKAT PENGAJIAN
Terdapat 2 kategori peringkat pengajian yang layak untuk mendapat bantuan iaitu:
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
SYARAT KELAYAKAN PELAJAR
Syarat kelayakan pelajar untuk memohon Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam Negeri Johor.
- Bermastautin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
- Mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
- Pendapatan perkapita tidak melebihi RM500 setiap tanggungan termasuk ketua keluarga.
CARA MOHON SKIM BANTUAN ZAKAT PENDAFTARAN IPT DALAM NEGARA
Cara mohon Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara ialah:
- Semua permohonan melalui Sistem eMAIJ (Bantuan IPT dalam negara) .
- Lampiran dokumen yang telah disahkan hendaklah dimuatnaik melalui sistem bersama-sama permohonan yang telah lengkap diisi.
- MAINJ Daerah akan membuat tapisan mengikut syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.(Termasuk lampiran dokumen yang lengkap).
DOKUMEN SOKONGAN
Dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama ketika permohonnan adalah seperti berikut:
- Salinan IC pemohon
- Salinan IC ibu bapa
- Salinan IC/Sijil kelahiran semua tanggungan
- Salinan slip gaji/borang pengesahan pendapatan
- Salinan surat tawaran dari IPT
- Salinan sijil akademik (SPM/STAM/STPM)
- Sijil berhenti sekolah terakhir
- Dokumen yuran pendaftaran
- Gambar berukuran pasport
- Slip permohonan Bantuan IPT yang disahkan
tempoh permohonan ini dibuka.
Baca juga: Cara Mohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Pengambilan 2021/2022. Semak Cara Mohon Disini
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara sila hubungi MAIJ di:
- Telefon: 07-2282929
- Faks: 07-2238752
- Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.