Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) Mohon Sebelum Terlambat!

1,039

Berita baik buat para atlet yang ingin atau sedang menyambung pengajian dipelbagai peringkat pengajian boleh memohon Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) bagi Tahun 2021.

Permohonan boleh dibuat secara online sehingga 18 Julai 2021 dan buat semakan syarat permohonan terlebih dahulu.

Apakah syarat permohonan dan cara membuat permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) bagi Tahun 2021?

Baca juga: BNM Tawarkan Graduan Penganalisis & Graduan Penganalisis Digital Melalui Program Graduan Kijang. Mohon Disini

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) bagi Tahun 2021 telah bemrula pada:

  • 5 Julai hingga 18 Julai 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM BIASISWA SUKAN PERSEKUTUAN (SBSP)

Terbuka kepada atlet yang akan/ sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.

Syarat kelayakan seterusnya ialah:

  • Umur tidak melebihi 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa.
  • Umur tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.

KATEGORI PERMOHONAN

Kategori permohonan adalah seperti berikut:

  • Telah mendapat surat tawaran pengajian bagi pelajar baharu atau sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama dari mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan serta bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysia Qualification Agency (MQA).
  • Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi Atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi Atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan dari Atlet Negara perlu dilampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara.
  • Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun (2 semester) dan ke atas semasa permohonan dibuat.
  • Tidak menerima sebarang tajaan / biasiswa daripada mana-mana institusi / agensi kerajaan / swasta yang lain.
  • Sihat dari segi mental dan fizikal.
  • Pemohon-pemohon yang menerima hadiah biasiswa ini hendaklah terus giat di dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya semasa tempoh pengajiannya dan juga dikehendaki mewakili negara di dalam pertandingan-pertandingan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sekiranya diperlukan.
  • Pemohon-pemohon yang dipilih hendaklah berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.

Cara Mohon Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) Mohon Sebelum Terlambat!

Baca juga: Pelajar Dari Terengganu, Ini Cara Mohon Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara MAIDAM Untuk Anda!

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online dipautan:

Cara Mohon Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) Mohon Sebelum Terlambat!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) bagi Tahun 2021 di talian:

  • Telefon: 03-88713548 / 3558/ 3537
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...