Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cepat Mohon Skim Insentif Kecemerlangan (SIK) Koperasi Tentera Sebelum Tarikh Tutup. Mohon Disini Secara Online

2,510

Anak anggota Koperasi Tentera yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM pada tahun 2020/2021 dipelawa untuk memohon Skim Insentif Kecemerlangan (SIK) Koperasi Tentera.

Anda digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup pada 12 Julai 2021 dan muat turun borang permohonan melalui pautan yang akan dikongsikan disini.

Semak syarat kelayakan serta dokumen sokongan yang diperlukan seperti yang telah dinyatakan.

INFO RINGKAS SKIM INSENTIF KECEMERLANGAN (SIK) KOPERASI TENTERA

Skim Insentif Kecemerlangan (SIK) adalah sumbangan yang diberikan kepada anak-anak anggota Koperasi Tentera yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR (Darjah 6), PT3 (Tingkatan 3), SPM (Tingkatan 5) atau yang setaraf.

Skim ini hanya terbuka kepada anak-anak anggota Koperasi Tentera sahaja mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Baca juga: Syarat Kelayakan Bantuan Mahasiswa Selangor, Bantuan IPT Barang Makanan. Mohon Disini

TARIKH MOHON

Permohonan telah dibuka mulai:

  • 10 Mei 2021 dan akan ditutup pada 12 Julai 2021.

SYARAT KELAYAKAN SKIM INSENTIF KECEMERLANGAN (SIK)

Antara syarat kelayakan untuk memohon Skim Insentif Kecemerlangan (SIK) adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
  • Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
  • Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
  • Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
  • Anak anggota yang menduduki peperiksaan SPM atau yang setaraf (Sijil Vokasional) pada tahun 2021.
  • Keputusan cemerlang minimum SPM (7A) & SVM (PNGK Keseluruhan 3.00).

BORANG PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, sila muat turun borang permohonan terlebih dahulu dipautan berikut:

BORANG PERMOHONAN

DOKUMEN SOKONGAN

Lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen sokongan berikut:

PEMOHON (ANGGOTA KOPERASI TENTERA)

  • Salinan MyTentera (Anggota ATM)
  • Salinan MyKad (Awam/Pesara)

PELAJAR (ANAK)

  • Salinan MyKad Pelajar
  • Salinan slip peperiksaan SPM Tahun 2021
  • Salinan Transkrip Sijil Vokasional Malaysia SVM (Keseluruhan Semester 1-4) bagi Kolej Vokasional d) Surat pengesahan akaun dari bank
Nota: Pastikan semua dokumen yang dilampirkan telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang beralamat di:

Koperasi Tentera Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C,
Off Jalan Pahang Barat 53000 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)

Bbaca juga: 6 Jenis Bantuan Kerajaan Yang Ditambah Baik Semasa Lockdown Sangat Membantu Rakyat. Anda Dah Mohon?

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Skim Insentif Kecemerlangan (SIK) 2020/2021 sila hubungi Koperasi Tentera di talian:

  • 1-300-8000-58
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...