Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Skim Pembiayaan Kontrak-i Tekun Nasional Sehingga RM100,000

913

Usahawan yang memerlukan modal untuk berniaga dengan cepat, boleh memohon Skim Pembiayaan Kontrak-i Tekun Nasional.

Jika anda berminat untuk dapatkan modal dengan cepat melalui Skim Pembiayaan Kontrak-i Tekun Nasional, dapatkan syarat serta cara mohon disini.

Oleh itu, dapatkan segala maklumat yang diperlukan disini seterusnya buat permohonan sekiranya anda memenuhi syarat yang ditetapkan TEKUN Nasional.

APA ITU SKIM PEMBIAYAAN KONTRAK-i TEKUN NASIONAL?

Skim Pembiayaan Kontrak-i Tekun Nasional merupakan:

  • Salah satu skim yang ditawarkan oleh pihak Tekun Nasional.
  • Merupakan pembiayaan kontrak pembekalan secara terus yang diperolehi  daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
  • Memberi alternatif dan kemudahan pembiayaan kepada usahawan untuk mendapatkan modal tambahan dengan cepat.

Baca juga: Cara Mohon Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0. Jumlah Biaya Sehingga RM10,000

JUMLAH NILAI PEMBIAYAAN

Jumlah nilai pembiayaan Tekun Kontrak-i adalah sebanyak:

  • RM1,000 sehingga RM100,000

Tempoh pembiayaan adalah:

  • 1 bulan sehingga 6 bulan

SYARAT KELAYAKAN SKIM PEMBIAYAAN KONTRAK-i TEKUN NASIONAL

Syarat kelayakan untuk mohon Skim Pembiayaan Kontrak-i Tekun Nasional adalah seperi berikut:

  • Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
  • Berumur 18 hingga 65 tahun.
  • Mempunyai lesen/ permit/ daftar perniagaan yang sah.
  • Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus/perniagaan dijalankan secara sepenuh masa.
  • Pembiayaan sedia ada tidak boleh melebihi RM100,000.
  • Pemilikan perniagaan adalah 100% milik bumiputera dan modal berbayar tidak boleh melebihi RM500,000.
  • Mmepunyai Inden Kerja/ PO/ LO/ Surat Tawaran mestilah daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan GLC.
  • Mempunyai lesen daripada Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Perbendaharaan Malaysia (PMS), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Badan-badan pelesenan atau pendaftaran lain yang berkaitan yang sah.
  • Syarikat merupakan kontraktor utama yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan,Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan GLC.

DOKUMEN SOKONGAN

Pastikan anda menyediakan dokumen sokongan berikut untuk memohon Skim Pembiayaan Kontrak-i Tekun Nasional:

  • Borang Maklumat Asas Perniagaan (Diisi dengan lengkap)
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan
  • 1 Keping gambar pemohon
  • Lesen/Permit/Pendaftaran Perniagaan yang sah
  • 1 keping gambar premis/tempat perniagaan
  • Salinan buku simpanan/penyata bank (3 bulan terakhir)
  • Satu salinan bil utiliti premis/rumah (bil air/elektrik/telefon)
  • Sebut harga tujuan pinjaman
  • Surat kebenaran rakan kongsi jika pemohon syarikat
  • Inden Kerja/PO/LO/Surat Tawaran mestilah daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri,Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan GLC
  • Salinan lesen daripada Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan lesen-lesen yang berkaitan (Lesen ini adalah bergantung kepada keperluan kontrak dan pembekalan).

CARA MOHON

Berminat? Jika anda berminat untuk dapatkan Skim Pembiayaan Kontrak-i, anda hanya perlu hadir ke pejabat cawangan TEKUN Nasional yang terdekat dengan anda.

Jangan lupa untuk membawa bersama dokumen sokongan yang telah dinyatakan di atas.

Berikut adalah pautan senarai pejabat cawangan bagi tujuan temujanji:

Cara Mohon Skim Pembiayaan Kontrak-i Tekun Nasional Sehingga RM100,000

Baca juga: B50 Dah Boleh Mohon Program Pengurusan & Ketahanan Kewangan (URUS)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Pembiayaan Kontrak-i TEKUN Nasional, sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...