[Cara Mohon] Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) Anggota Koperasi Tentera. Muat Turun Borang Disini

Mana-mana anak anggota Koperasi Tentera yang bakal menyambung persekolahan dan memerlukan bantuan persekolahan, boleh memohon Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021 (SBBS 2021).

Permohonan Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021 (SBBS 2021) telah dibuka mulai 3 Ogos 2021 sehingga 10 September 2021 ini.

Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan melalui pautan yang akan dikongsikan disini.

Baca juga: Bantuan Khas RM1,500 Kepada Waris B40 Bagi Pengurusan Jenazah Covid-19

TARIKH MOHON SKIM SUMBANGAN BAKTI PERSEKOLAHAN 2021 (SBBS 2021)

Ahli Koperasi Tentera boleh membuat permohonan mulai tarikh berikut:

  • 3 Ogos 2021

Ahli Koperasi Tentera digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup seperti berikut:

  • 10 September 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan untuk permohonan Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021 (SBBS 2021) ialah:

  • Terbuka kepada anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
  • Pemohon telah menjadi anggota Koperasi Tentera (KT) selama 4 tahun dan ke atas.
  • Pemohon tidak menamatkan keanggotaan Koperasi Tentera (KT) dalam tempoh permohonan.
  • Bagi permohonan suami dan isteri anggota Koperasi Tentera (KT), hanya satu permohonan sahaja yang layak diterima.
  • Gaji pokok/pencen bawah pemohon adalah RM5,000.
  • Permohonan terhad kepada minimum 3 orang anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja.

DOKUMEN SOKONGAN

Lengkapkan permohonan Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021 (SBBS 2021) anda dengan menyertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut:

Pemohon (Anggota Koperasi Tentera)Salinan MyTentera (Anggota ATM)

  • Salinan MyKad(Awam/Pesara)
  • Salinan Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)
  • Salinan Penyata Pencen/Bank Terkini (Pesara)/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja Sendiri
  • Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank Anggota

Anak (pelajar sekolah rendah/menengah sahaja)

  • Salinan MyKad/MyKid/Surat Beranak (mengikut bilangan anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja).
  • Dokumen Tambahan Seperti PERBAH II/Surat Perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/anak tiri.

CARA MOHON SKIM SUMBANGAN BAKTI PERSEKOLAHAN 2021 (SBBS 2021)

Anggota Koperasi Tentera boleh membuat permohonan Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021 (SBBS 2021) seperti langkah-langkah berikut:

  • Lengkapkan borang permohonan anda.
  • Hantar borang permohonan bersama dokumen sokongan yang diperlukan ke cawangan Koperasi Tentera yang berdekatan atau ke ibu pejabat Koperasi Tentera di alamat berikut:

    Koperasi Tentera,Wisma Koperasi Tentera,
    No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat,
    53000 Kuala Lumpur.
    (Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)

Pastikan borang yang diisi adalah boring yang terkini (SBBS 2021).
Keputusan permohonanan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.
Sekiranya bayaran melalui cek, pihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa menurut polisi KT dari semasa ke semasa.
May be an image of text that says 'KOPERASI TENTERA SKIM SUMBANGAN BAKTI BANTUAN PERSEKOLAHAN 2021 (SBBS 2021) Tarikh Buka Tarikh Tutup 3 Ogos 2021 10 September 2021 (1-300-8000-58 0-8000-5 www.katmb.com.my facebook.com/KoperasiTentera Koperasi'

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021 (SBBS 2021), sila hubungi Koperasi Tentera di:

  • 1-300-8000-58
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.