Skim Zero To Hero Hijrah Selangor. Ini Cara Mohon & Pembiayaan Sehingga RM5,000.

Jom kembangkan perniagaan anda dengan pembiayaan Skim Zero To Hero melalui Hijrah Selangor dengan pembiayaan sehingga RM5,000.

Usahawan negeri Selangor boleh membuat permohonan Skim Zero To Hero dan terbuka kepada semua kaum dan tidak terhad kepada satu-satu kaum sahaja.

Dapatkan cara mohon Skim Zero To Hero dengan pembiayaan sehingga RM5,000 seperti yang dikongsikan ini.

Baca juga: Cara Mohon Program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM), Geran Perniagaan Sehingga RM10,000. Ini Syarat Kelayakan Yang Diperlukan

INFO RINGKAS SKIM ZERO TO HERO HIJRAH SELANGOR

Skim Zero To Hero merupakan satu skim pembiayaan buat usahawan negeri Selangor untuk perkembangan perniagaan usahawan tanpa mengira kaum.

Skim Zero To Hero ini adalah kerjasama Hijrah Selangor dengan Anchor Company dengan memberi taklimat dan memilih peserta mengikut golongan sasar yang ditetapkan. Peserta yang layak akan dan lulus permohonan akan dibekalkan peralatan dan bahan perniagaan serta wang pinjaman yang diluluskan.

JENIS PAKEJ PENGKHUSUSAN SKIM ZERO TO HERO HIJRAH SELANGOR

Terdapat 6 jenis pakej pengkhususan dalam Skim Zero To Hero Hijrah Selangor seperti berikut:

  • Bakeri
  • Barber/Dandanan Rambut
  • Kraftangan
  • Solekan profesional
  • Deko kreatif
  • Jahitan
  • Makanan dan minuman
  • Perkhidmatan
  • Servis digital
  • Mobile spa/Bekam

Skim Zero To Hero Hijrah Selangor. Ini Cara Mohon & Pembiayaan Sehingga RM5,000.

Skim Zero To Hero Hijrah Selangor. Ini Cara Mohon & Pembiayaan Sehingga RM5,000.

 

SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN SKIM ZERO TO HERO HIJRAH SELANGOR

Antara syarat kelayakan untuk permohonan Skim Zero To Hero ialah:

  • Peminjam mestilah rakyat Selangor
  • Penduduk bermaustatin lebih dari 5 tahun di negeri Selangor
  • Pendapatan bawah garis kemiskinan RM1,500 sebulan.

Skim Zero To Hero Hijrah Selangor. Ini Cara Mohon & Pembiayaan Sehingga RM5,000.

DOKUMEN PERMOHONAN

Sebelum anda membuat permohonan, sila sediakan dokumen berikut untuk melengkapkan permohonan anda:

  • Gamabr berukuran pasport pemohon sebanyak 2 keping
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Pengesahan akaun bank
  • Salinan bil utiliti tempat tinggal
  • Borang permohonan Hijrah Selangor

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan, sila klik pautan ini dan isikan dengan lengkap:

Skim Zero To Hero Hijrah Selangor. Ini Cara Mohon & Pembiayaan Sehingga RM5,000.

  • Klik NEXT, lengkapkan borang permohonan dan akhir sekali klik SUBMIT untuk hantar permohonan.

Baca juga: Semak Cara Mohon Bantuan Khas RM500 ANIS OKU Selangor Secara Online Untuk OKU Terkesan Pendapatan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi HIJRAH SELANGOR di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.