Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Alami Kesan Sampingan Selepas Vaksin Covid-19? Buat Report Melalui Aplikasi MySejahtera Sahaja

2,067

Pelbagai cara dilakukan untuk meningkatkan kadar vaksinasi dikalangan komuniti seperti daftar vaksin di Mydin, Beriani Ayam Percuma, Rebat Pengangkutan, ITHVAKSIN dan Bilik Sewa Percuma selama sebulan.

Ini adalah kerana makin pantas proses vaksinasi dilakukan, kadar pandemik semakin berkurang, negara semakin pulih dan kita dapat menjalani kehidupan normal seperti biasa.

Namun, mereka yang telah divaksin sama ada 1 dos atau 2 dos dan mengalami kesan sampingan selepas divaksin, boleh dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera sahaja.

APLIKASI MYSEJAHTERA

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

APA ITU VAKSIN COVID-19?

Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk.

Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

JENIS VAKSIN YANG DIGUNAKAN DI MALAYSIA

Vaksin-vaksin yang digunakan di Malaysia ialah:

  • Vaksin Covid-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech
  • Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Astra Zeneka
  • Vaksin Covid-19 inactivated keluaran Sinovac
  • Vaksin Covid-19 recombinant viral vector keluaran Cansino
  • Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Gamaleya

CARA REPORT KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID-19

Sekiranya terdapat kesan sampingan selepas suntikan vaksin Covid-19 boleh membuat laporan di MySejahtera seperti berikut:

  • Buka aplikasi MySejahtera anda
  • Klik Close dan klik Covid-19 Vaccination.
  • Klik pada Vaccine for______________
  • Klik pada Clik here to report symptoms after vaccination

Alami Kesan Sampingan Selepas Vaksin Covid-19? Buat Report Melalui Aplikasi MySejahtera Sahaja

  • Tandakan pada kesan advers yang dialami dan klik Hantar.

Alami Kesan Sampingan Selepas Vaksin Covid-19? Buat Report Melalui Aplikasi MySejahtera Sahaja

  • Semak Sijil Digital Vaksin Covid-19 pada menu profile anda selepas lengkap 2 dos vaksin.

Alami Kesan Sampingan Selepas Vaksin Covid-19? Buat Report Melalui Aplikasi MySejahtera Sahaja

Peringatan: Sekiranya kesan sampingan yang dialami tidak ada dalam senarai, sila rujuk fasiliti kesihatan yang terdekat bagi mendapatkan nasihat/rawatan. Pegawai kesihatan yang dirujuk boleh membantu anda melaporkan AEFI.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...