Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Anda Pemilik Bisnes Enterprise? Ini 4 Sebab Kenapa Anda Perlu Slip Gaji

310

Jika anda menjadi pemilik perniagaan enterprise, pastikan anda mempunyai slip gaji juga tau. Bukan main tarik-tarik duit daripada perniagaan anda sahaja.

Anda akan menjadi penyebab kepada kemusnahan perniagaan anda sekiranya anda mengamalkan cara diatas iaitu mengambil duit secara sukahati.

Tahu tak, ada 4 sebab mengapa owner bisnes enterprise perlu mempunyai slip gaji sama seperti orang lain.

4 SEBAB MENGAPA PEMILIK BISNES ENTERPRISE PERLU ADA SLIP GAJI

Kalau anda nak tahu, terdapat 4 sebab mengapa pemilik bisnes enterprise perlu mempunyai slip gaji.

4 sebab mengapa pemilik bisnes enterprise perlu ada slip gaji iaitu:

1. Disiplin

  • Jangan sesekali rompak duit bisnes anda sendiri. Maksudnya, jangan beli apa saja barang dari duit akaun bank bisnes anda.
  • Ambil staff urus akaun dan uruskan akaun untuk owner termasuk slip gaji. Apa yang ada dalam slip gaji itu, itu sahaja bahagian owner.
  • Sebagai contoh bisnes kek di rumah. Anda letak gaji sebanyak RM2,000. Cukup masa tutup akaun, bayar saja gaji anda RM2,000. Ini kerana, dalam akaun itu bukan duit anda ya!

2. Pengurusan Akaun

  • Bila akaun bank staff yang pegang dan anda cuma berikan nombor TAC sahaja, semua kerja pembayaran anda bagi staff uruskan.
  • Bila nak buat bayaran harus ada dokumen seperti payment voucher, invoice yang nak dibayar dan borang permohonan belian. Jadi tugas anda untuk tengok dan approve sahaja.
  • Jika anda sahaja yang tahu dan staff akaun tak dibenar pegang akaun bank, anda tidak punyai masa nak buat dokumen seperti yang dinyatakan di atas. Jadinya, akaun perniagaan anda akan hancur.
  • Sebagai contoh, anda mempunyai kedai runcit. Bila nak bayar pembekal anda sebagai pemilik bisnes mungkin main tengok sahaja bil, tidak ada voucher dan sebagainya. Akhirnya, anda pun tak tahu bil mana yang sudah dibayar yang mana yang belum dibayar.

3. Mengelak Konflik

  • Konflik memang selalu berlaku dalam bisnes perkongsian. Masa mula bisnes, kita sudah tetapkan skop kerja masing-masing.
  • Jadi, anda perlu siapkan slip gaji untuk mengelakkan sebarang konflik yang tidak diingini dikemudian.
  • Slip gaji ini bukti bahawa anda bersetuju menerima gaji yang dinyatakan tersebut. Tidak ada konflik “bahagian”.
  • Sebagai contoh, anda buka gerai jual burger. Masa mula-mula anda telah tetapkan si A ini kerjanya buka gerai, susun meja dan kerusi dan kemas meja pelanggan. Kerja si B ialah masak burger, sedia bahan dan buat air. Kerja si C ialah ambil order, beli bahan, sedia bahan, simpan duit, bank in duit dan buat gaji. Bila semua ini sudah disusun skop kerjanya dan ditetapkan si A gaji RM1,000, si B pula gaji RM1,200 dan si C gaji RM1,100.Soal bahagian akan rujuk kepada si A bagi berapa modal, B bagi berapa dan C bagi berapa.

4. Mudah Buat Loan

  • Memang betul boleh buat loan tanpa slip gaji kerana anda mempunyai penyata kewangan bank akaun perniagaan.
  • Tapi apa salahnya jika anda mempunyai slip gaji? Bila ada slip gaji dan pembayaran KWSP itu adalah rekod rasmi pendapatan anda. Soal bank tak percaya itu bergantung bukti. Tapi bila ada bukti, itu lebih baik, bukan?
  • Jika dalam slip gaji menyatakan gaji anda sebanyak RM2000 tapi masalahnya duit tak pernah masuk bank kerana diambil secara cash, ia akan membuatkan pihak bank tak percaya dengan anda.
  • Malah, tiada caruman KWSP pula tu. Masa ini, kalau anda nak buat loan, pihak bank akan membuat semakan silang di KWSP kerana terjamin buat mereka untuk meluluskan loan anda.
  • Malah, anda juga mendapat beberapa kelebihan yang lain iaitu, mempunyai simpanan hari tua jika membuat caruman KWSP walaupun anda pemilik perniagaan.

Anda dah tahu ke mengapa pemilik perniagaan perlu ada slip gaji? Banyak kelebihannya sekiranya anda mempunyai slip gaji.

Anda Pemilik Bisnes Enterprise? Ini 4 Sebab Kenapa Anda Perlu Slip Gaji

PEMILIK ENTERPRISE NAK BELI KERETA?

Pemilik enterprise yang nak beli kereta boleh lakukan 5 perkara ini sebelum membeli kereta baru.

5 benda yang anda perlu buat ialah:

  1. Buat slip gaji (ini antara sebab anda perlu buat slip gaji walaupun anda owner bisnes enterprise!)
  2. Buat caruman KWSP (ada caruman KWSP, bank pun percaya dengan anda!)
  3. Ambil gaji (kalau anda owner sekalipun, jangan lupa ambil gaji anda)
  4. Buka akaun ASB dan buat ASB loan (maklumla, kalau nama bersih sangat pun bank susah nak percaya dengan anda)
  5. Declare cukai (jangan lupa isytiharkan cukai pendapatan anda ya!)

Untuk dapatkan info yang lebih lengkap, klik sini dan sediakan dokumen yang diperlukan.

Bagi anda yang bercita-cita untuk mempunyai perniagaan sendiri, boleh ikuti tips-tips yang dikongsikan ini ya!

Kalau dan tahu, share dengan rakan-rakan yang lain.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...