3 SOP Gelembung Pelancongan Antarabangsa (Inbound) Projek Rintis Pulau Langkawi

Pelancong dari luar negara atau antarabangsa sudah boleh melancong ke Pulau Langkawi  mulai 15 November 2021.

Namun, para pelancong perlu mematuhi 3 SOP Gelembung Pelancongan Antarabangsa (Inbound) Projek Rintis yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

Apakah 3 SOP Gelembung Pelancongan Antarabangsa (Inbound) Projek Rintis Pulau Langkawi yang telah ditetapkan? Anda boleh dapatkan 3 SOP tersebut disini sebagai rujukan.

TARIKH PERMULAAN GELEMBUNG PELANCONGAN ANTARABANGSA (INBOUND) PROJEK RINTIS

Pelancong antarabangsa boleh melancong ke Pulau Langkawi mula tarikh berikut:

  • 15 November 2021

3 SOP GELEMBUNG PELANCONGAN ANTARABANGSA (INBOUND) PROJEK RINTIS

3 SOP Gelembung Pelancongan Antarabangsa (Inbound) Projek Rintis Pulau Langkawi adalah mengikut kategori berikut:

  1. Pra Perlepasan
  2. Ketibaan dan Penginapan
  3. Pra Pelepasan Pulang Ke Negara Asal

Perincian SOP bagi setiap kategori pula adalah seperti berikut:

1. Pra Perlepasan

Kumpulan Sasaran

  • Pelancong berkualiti (high yield)
  • Individu yang telah lengkap divaksin lengkap manakala anak dibawah umur 18 tahun wajib hadir bersama-sama ibu bapa/penjaga masing-masing yang telah divaksin lengkap
  • Senarai negara yang dibenarkan tertakluk kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)/Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/Kementerian Luar Negeri (KLN)

Tempoh Tinggal

  • Sekurang-kurangnya 3 hari
  • Tiada syarat kuarantin dikenakan (terpakai untuk Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi sahaja)

Ujian PCR-RT Covid-19

  • 72 jam sebelum berlepas
  • Wajib dalam bentuk digital/cetakan

Khidmat Pelancongan

  • Wajib (pengendali pelancongan berlesen di bawah MOTAC)

Pasport & Visa Health Declaration Form LoU dan Indemnity

  • Wajib oleh semua pelancong

Aplikasi MySejahtera

  • Muat naik dan mendaftar sebelum berlepas

Insuran

  • Minimum US$80,000

3 SOP Gelembung Pelancongan Antarabangsa (Inbound) Projek Rintis Pulau Langkawi

2. Ketibaan dan Penginapan

Melalui KLIA

  • Rapid Molecular Testing (1 jam 30 minit)
  • Atau terus ke Pulau Langkawi (wajib ujian RT-PCR Covid-19 pada hari kedua)
  • Sekiranya positif, pelancong akan terus dibawa ke pusat pengasingan/Kuarantin/hospital swasta (mengikut kategori)

Pemandu Pelancong

  • 1 TG dalam satu kumpulan lawatan (maksimum 20 orang)

Ujian PCR-RT Covid-19

  • Sekiranya melancong selama 3 hari, ujian saringan pada hari kedua memadai (boleh digunakan untuk berlepas pulang ke negara asal)
  • Sekiranya melancong lebih 5 hari, wajib melakukan ujian saringan pada hari kelima
  • Semua kos ditanggung sendiri oleh pelancong

3. Pra Pelepasan Pulang Ke Negara Asal

Ujian PCR-RT Covid-19

  • 72 jam sebelum berlepas
  • Sekiranya melancong selama 3 hari, ujian saringan pada hari kedua boleh digunakan untuk berlepas pulang ke negara asal

Projek Rintis

  • Akan dijalankan selama 3 bulan bagi KKM dan MKN menilai keberkesanannya sebelum dilaksanakan di pulau-pulau peranginan serta kawasan pelancongan yang lain.

3 SOP Gelembung Pelancongan Antarabangsa (Inbound) Projek Rintis Pulau Langkawi

Nota: Semua kos ditanggung sendiri oleh pelancong.

“Penilaian akan dilakukan bagi projek rintis tersebut selama tiga bulan, sebelum dilaksanakan di pulau-pulau peranginan serta kawasan pelancongan yang lain.”

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Baca juga: Tak Perlu Buat Ujian Pengesanan Covid-19 Kalau Nak Ke Langkawi

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.