Mengikut pengumuman oleh Menteri Kanan Keselamatan, negeri yang bertukar status daripada PKP kepada PKPB atau PKPP sudah boleh melaksanakan Majlis Akad Nikah dan Majlis Kenduri Kahwin dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Pastikan anda semua mengikut arahan yang telah ditetapkan agar majlis berjalan dengan lancar, tiada yang didenda dan tiada penularan Covid-19 lagi sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB dan PKPP di negeri masing-masing.
Malahan, majlis-majis lain juga boleh diadakan sepanjang tempoh PKPB dan PKPP bermula 5 Mac 2021 hingga 18 Mac nanti.
SENARAI NEGERI PKPP & PKPB
Isi Kandungan
Berikut adalah senarai negeri yang akan melaksanakan PKPB dan PKPP:
PKPP
- Perlis
- Melaka
- Pahang
- Terengganu
- Sabah
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Wilayah Persekutuan Labuan
PKPB
- Kedah
- Perak
- Pulau Pinang
- Selangor
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Negeri Sembilan
- Kelantan
- Johor
MAJLIS YANG DIBENARKAN KETIKA PKPP & PKPB
Antara majlis yang dibenarkan ketika sepanjang tempoh pelaksanaan PKPP dan PKPB ialah:
- Semua majlis rasmi/tidak rasmi (kerajaan/swasta)
- Kenduri
- majlis perkahwinan/pertunangan
- Majlis aqiqah
- Doa selamat
- Tahlil
- Sambutan ulang tahun
- Sambutan hari kelahiran
- Reunion
- Retreat
- Lain-lain majlis sosial
INFO RINGKAS SOP MAJLIS SEPANJANG TEMPOH PKPP & PKPB
Info ringkas SOP majlis sepanjang tempoh PKPP dan PKPB adalah seperti berikut:
- PKPB: Had kehadiran adalah sebanyak 50% mengikut keluasan premis
- PKPP: Kehadiran adalah mengikut keluasan premis
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Untuk maklumat lanjut dan SOP yang lebih tepat, sila dapatkan di:
- Telegram Rasmi MKN: https://t.me/MKNRasmi
- Twitter Rasmi MKN: https://twitter.com/MKNJPM
- Instagram Rasmi MKN: https://www.instagram.com/mkn_rasmi/
- Facebook Rasmi MKN: https://facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.